7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

08 Disember 2017

7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU

7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU


Adakah anda sedang mengalami kekurangan tempat untuk menyimpan aksesori anda? Ingin menyusun barang-barang anda lebih baik?

Pegboard atau bod pepaku merupakan aksesori penyusunan yang terbaik untuk semua jenis bilik!


Ada yang diperbuat daripada aluminium dengan semburan cat. Ada yang digerudi sendiri menggunakan papan MDF, dan ada juga yang dibeli terus dari kedai alat tulis. Apa pun jua cara ia dihasilkan dan diperolehi, lihatlah bagaimana pemilik-pemilik rumah ini menggunakan pegboard untuk menyusun aksesori mereka!


1. Backsplash Dapur
7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU, recommenddotmy, projek rekaan dalaman terkini di malaysia, interior design, pereka dalaman di malaysia, pereka dalaman, laman recommend.my

Pegboard amat sesuai dijadikan tempat untuk menggantung peralatan memasak. Cuma, jika anda membuat bod pepaku anda sendiri, pastikan ia dicat pada bahagian depan dan belakangnya. Ini bagi mengelakkan kerosakan dan papan melepuh akibat keadaan yang sentiasa panas dan lembap di dapur. Bod pepaku yang dicat juga menyerlahkan ruang dapur.


2. Meja Belajar

7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU, recommenddotmy, projek rekaan dalaman terkini di malaysia, interior design, pereka dalaman di malaysia, pereka dalaman, laman recommend.my

Meja belajar atau meja di mana anda membuat kerja akan lebih kemas dan teratur dengan bod pepaku. Kini, ruang di meja lebih luas kerana semua alatan menulis boleh disusun di atas bod pepaku. Pemilihan warna putih pula akan menyerlahkan alatan menulis kita yang biasanya datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Anda juga boleh memasang bakul kecil untuk mengisi alatan menulis anda. Untuk menambah lagi keunikan, tambahkan hiasan lain pada bod pepaku.


  3. Dinding Galeri

7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU, recommenddotmy, projek rekaan dalaman terkini di malaysia, interior design, pereka dalaman di malaysia, pereka dalaman, laman recommend.my

Jika anda mempunyai hobi mengumpul atau melukis sesuatu, apa kata sediakan ruang khas sebagai galeri di rumah anda? Lubang-lubang pada bod pepaku sudah pun membezakannya dengan dinding ruang yang lain. Ditambah pula dengan koleksi peribadi anda. Lukisan-lukisan dalam bingkai pelbagai saiz di atas dan bangku kayu memberi nilai estetika dalam ruang kediaman. Ia bukan sahaja mencantikkan ruang, bahkan anda juga boleh berkongsi minat anda dengan tetamu yang datang ke rumah anda.


4. Tempat Mencuci Pakaian

7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU, recommenddotmy, projek rekaan dalaman terkini di malaysia, interior design, pereka dalaman di malaysia, pereka dalaman, laman recommend.my

Bod pepaku memang kebiasaannya dipasang di ruang mencuci pakaian selain di garaj. Warna putih serasi dengan kebersihan. Barang-barang dapat disusun dengan lebih teratur di atas bod pepaku. Papan menggosok yang panjang dan lebar, diletakkan pada bahagian tepi lalu mengimbangi susunan di sebelah kanan. Bekas kain kotor diasingkan kepada tiga dan disusun pada bahagian paling bawah untuk memudahkan aktiviti pencucian.


5. Rak Bekas dan Pan

7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU, recommenddotmy, projek rekaan dalaman terkini di malaysia, interior design, pereka dalaman di malaysia, pereka dalaman, laman recommend.my

Kembali kepada idea Julia Childs. Pan disusun khas di ruang yang agak jauh daripada dapur memasak. Bod pepaku dipasang menegak dan tinggi serta dicat dengan warna hijau. Jika menyusun bekas atau pan di bod pepaku, cuba lihat kepada bentuk pan supaya susunan menjadi lebih menarik.

6. Taman Menegak

7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU, recommenddotmy, projek rekaan dalaman terkini di malaysia, interior design, pereka dalaman di malaysia, pereka dalaman, laman recommend.my
Sumber: kreisdesign.com

Ini satu lagi cara untuk menghias kediaman dengan tumbuh-tumbuhan hijau.   Tumbuh-tumbuhan kecil dalam pasu pelbagai bentuk tampak cantik bila disusun di atas bod pepaku. Penyiram-penyiram pelbagai saiz dan warna mencipta kelainan pada hiasan tumbuhan di atas bod pepaku. Selain manfaat tambahan oksigen dalam kediaman, menyusun tumbuhan di atas bod pepaku juga menjimatkan ruang. Jadi, ia amat sesuai kepada ruang kediaman yang agak terhad.


7. Feature Wall di Ruang Tamu

7 IDEA KREATIF DARIPADA BOD PAKU, recommenddotmy, projek rekaan dalaman terkini di malaysia, interior design, pereka dalaman di malaysia, pereka dalaman, laman recommend.my

Sumber: homedit.com

Rak terapung dipasang pada bod pepaku yang menghiasi ruang tamu. Bod pepaku di atas menggunakan papan dengan corak kayu, lantas menghidupkan lagi suasana ruang. Hiasan pilihan disusun dan digantung tapi dalam jumlah yang tidak menyemakkan pandangan. Bod pepaku yang tingginya dari lantai sampai ke siling ini memberi impresi kepada mata yang melihat.

Mahu lebih banyak inspirasi rekaan?

Jom lawati Recommend.my untuk melihat projek-projek rekaan dalaman terkini di Malaysia. Ada beribu-ribu gambar yang pasti memberikan inspirasi untuk pengubahsuaian rumah anda!


Anda juga boleh menggunakan laman sesawang itu untuk mendapatkan nasihat daripada pereka-pereka dalaman di Malaysia. Hanya beritahu mereka mengenai projek anda dan dapatkan jawapan daripada mereka dalam masa singkat. Sangat mudah dan selesa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...