VIRAL REAL STORY JAAN PUNCHING BAG - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

24 November 2017

VIRAL REAL STORY JAAN PUNCHING BAG

VIRAL REAL STORY JAAN PUNCHING BAG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JAAN PUNCHING BAG || Sebuah kisah benar yang dijadikan e-novel oleh seorang penulis novel online Andrea Kiss berasal dari Sabah. Ahkak tidak terkejut dan tidak hairan sebenarnya dengan kewujudan page-page penulis di Sabah. Selalu juga ahkak jadi pembaca cerpen-cerpen yang penulisnya dari Sabah. Tapi cerita Jaan Punching Bag ini sebenarnya sudah lama ahkak baca, tapi minggu ini tiba-tiba viral di facebook. Mesti ada yang tertanya-tanya, Apa itu Jaan Punching Bag? Kenapa viral sangat Jaan Punching Bag? Ala...macam la lagu Tak Tun Tuang yang viral juga tu. Kalau viral mesti semua pun mahu tahu apa sebabnya, apa keistimewaannya sehingga viral. 
Situasinya di tempat ahkak ni, kau bacalah biarpun kisahnya BENAR(Real) ataupun PALSU (Fake) 'adegan' untuk jatuh-menjatuhkan memang tiada! Memang kita hidup di negara yang mengamalkan demokrasi, tapi itu bukan alasan untuk menjatuhkan pihak lain. (eh..apa aku taip ini..lari dari tajuk asal sudah..heheheh). Kalau kamu baca itu kisah Jaan Punching Bag, memang bagus itu cerita untuk dijadikan pengajaran. Bukan kau baca untuk kasitau orang lain bahawa itu kisah palsu. Kalau kau rasa itu Fake Story selepas kau baca, diam seja bah kau. Apa juga kau mau kasi kecoh-kecoh. Bikin panas bah kau punya perangai itu. (marah sudah ini, keluar sudah slang Sabah aku di blog..)Lain lagi orang yang buat laporan polis la, emegresen la. Apa masalah kamu sebenarnya ni? si empunya badan sendiri tidak mahu buat laporan kamu pula yang sibuk-sibuk. Samada masalah kad pengenalan ka, passport ka atau apa-apa hal berkaitan dokumen-dokumen itu semua bukan kerja kamu bah. Sedangkan orang yang memang warganegara Malaysia tapi tiada dokumen masih wujud, ini lagi orang yang bukan warganegara Malaysia tapi ada Kad Pengenalan selama 12 tahun! (Jadi tanya sama kerajaan la, bagaimana semua itu boleh berlaku)

Lain lagi individu yang mengaitkan Sabah dan Sarawak la. Eh itu sudah 'sejenis' kenegerian!! Kenapa mesti sampai keluarkan kenyataan begitu?Korang mahu tahu apa jalan cerita Jaan Punching Bag ni, baca sajalah. Sebarang komen tentang jalan cerita tu pun sukahati kamu la komen, asal jangan timbulkan isu kenegerian la isu hasil negeri la. Buruk dan sangat teruk la perangai orang yang timbulkan isu kenegerian gara-gara baca Jaan Punching Bag. Peliknya seketul manusia itu!

Ada juga yang kata cerita ini meleret-leret, susah difahami dan banyak lagi. Korang baca sebab sudah viral bah kan. Kehidupan realiti di dunia ni, kamu boleh nampak ka semua? Allah swt 'Maha Melihat'... porno tak porno, itu semua ada dalam kehidupan kita seharian. Bersyukurlah kau hidup tanpa melihat kekejaman, penderaan seksual, penderaan mental. Tapi kamu kena tahu semua itu berlaku, biarpun kamu tidak 'nampak'. Tidak semua orang mahu berkongsi kisah realiti hidupnya. Jangan hanya tahu menilai ikut sedap rasa kamu. Letakkan diri kamu ditempat si empunya badan...sekuat mana kamu hadapi semua yang dia lalui. 

Jika tidak mahu terima cerita tersebut sebagai pengajaran, tidak perlulah macam-macam dikata! Sehingga perlu buat filem la, suruh Balqis berlakon kemudian bawak anak-anak pergi tengok dipawagam. Apa punya pemikiran la orang macam kamu ni? Mentang-mentang sekarang ni sikit-sikit adaptasi novel, jadi inipun perlu diadaptasi? Baca saja la, tak perlu kecam-mengecam. Huhu.

Oklah, ahkak sebenarnya bila baca kisah Jaan Punching Bag ini timbul rasa simpati, marah, benci dan macam-macam perasaan. Kasihan pada Isha yang melalui zaman kanak-kanak yang begitu TERUK(pada pendapat ahkak). Benci dan geram pada Randy dan Shakid yang mementingkan nafsu mereka saja.  KG juga rasa adat bangsa Pakistan ini menganiaya kaum wanita. Memang benar isteri hanya untuk suami. Tapi kalau sudah bertegur sapa dengan orang lain yang merupakan saudara si suami pun menjadi satu kesalahan, bagi KG memang tidak patut. Bertapa sengsaranya Isha a.k.a Jaan. Dan, jika rasa sayang itu diluahkan dengan cara memukul dan mendera ianya bukanlah satu cara yang betul tetapi kejam!

Jika kamu mahu membaca The Real Story about Jaan Punching Bag ini, memang tidak dapat sudah, Page tersebut sudah di report. Jadi yang sudah membaca tu, kalau rasa mahu komen tu, tidak perlu sebut pasal kenegerian ka, bahasa jahanam ka, apa-apa la. Mahu marah cerita tu sudah viral pun tiada guna juga kamu marah sehingga mau hujah sana-sini sepertinya kamu yang BETUL. Kalau mau di bahas...masih banyak lagi 'punca atau sumber' yang kurang baik, jadi kamu bongkarrrrrrlah semua. Kamu kan PAKARRRR.

VIRAL REAL STORY JAAN PUNCHING BAG, kisah viral, jaan punching bag, apa itu jaan punching bag, andrea kiss, siapa andrea kiss, isha jaan punching bag, KRTB, kisah rumahtangga borneo
kredit : FB Real Story by Andrea Kiss

6 ulasan:

  1. rmai jgak review cite ni.

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  2. Mula ingat nak baca.. Tapi panjang sgt pula... Jadi malas..

    BalasPadam
  3. Page dan fb andrea kiss sudah kena spam...mesti ramai yg report...sbb xpuas hati ade unsur seks...pada saya isi penting cerita yg patut di hayati bukan adegan seks tu....ermmm otak kuning msing2... :)

    BalasPadam
  4. Selalu nmpk kisah ni difb tp mls mo ambil tau 😅

    BalasPadam
  5. Nampak juga viral kisah ni tp belum berkesempatan lagi nak baca

    BalasPadam
  6. ala tak sempat lagi psl e-novel yg betul. rasanya baca kak gojes punya pun dah faham

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...