SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

17 November 2017

SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG

SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG || Slot Cerekarama diTV3 pada Sabtu 11 November 2017 ini bertajuk Dosa Terlindung. Barisan pelakon-pelakon yang memang hebat-hebat belaka seperti Zamarul Hisham, Eira Syazira, Jue Azizi,Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan, Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Ezzrin Loy dan Erynn Erynna. Drama ini arahan Khalid Nadzri, manakala skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria dan merupakan terbitan Alfanazra Productions Sdn Bhd.


Lagu OST Dosa Terlindung

Lirik Demi Cinta nyanyian Ezad Lazim  memang bersesuaian dengan drama ini. Menyentuh rasa dihati ditambahkan lagi suara Ezad memang sedap. (hehehe KG memang peminat Ezad, jadi haruslah memuji artis yang diminati) Apapun jangan lupa malam esok jam 9 malam di TV3 kita layan drama Dosa Terlindung ni. 


SINOPSIS DOSA TERLINDUNG


Beberapa tahun lalu, Zie meninggalkan suami, Khairi dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka.

Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.

Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi.

Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.

SINOPSIS CEREKARAMA DOSA TERLINDUNG, cerekarama, ost dosa terlindung, lirik lagu demi cinta, demi cinta ezad lazim, download drama dosa terlindung, tonton online drama dosa terlindung, barisan pelakon Dosa Terlindung

6 ulasan:

  1. menarik juga cerekarama ni, tapi bukan ke slot drama Dia mlaam jumaat, sabtu dan ahad di tv3?

    BalasPadam
  2. Dah tengok.. Best juga.. Lakonan zamarul his yam memang tak mengecewakan..

    BalasPadam
  3. Best sgt cite ni..pelakon lama plak tu.. jua aziz cntik sgt.

    BalasPadam
  4. boleh tahan la cerita dia, tapi baru separuh, kita selalu terlelap. hahaa

    BalasPadam
  5. assalammualaikum sis. ju dtg blogwalking =D

    lama nda tgk drama tv xD

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...