PINGGAN MANGKUK KOTOR KENA CUCI SEBELUM TIDUR - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

21 November 2017

PINGGAN MANGKUK KOTOR KENA CUCI SEBELUM TIDUR

PINGGAN MANGKUK KOTOR KENA CUCI SEBELUM TIDUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PINGGAN MANGKUK KOTOR KENA CUCI SEBELUM TIDUR  || Kenapa? Pernah dengar kenapa perlu cuci pinggan mangkuk kotor sebelum tidur? Biasanya, bila ada majlis atau kenduri doa selamat kecil-kecilan memang penggunaan pinggan banyak digunakan. Ada juga yang hanya menggunakan pinggan pakai buang sebab ambil jalan mudah untuk tidak membasuh selepas majlis. Sebenarnya KG belum pernah dengar tentang basuh pinggan kotor sebelum tidur dari kecil. Ini kerana, dari zaman kanak-kanak KG diajar membasuh pinggan sendiri selepas siap makan. Semua adik-beradik KG memang akan basuh pinggan masing-masing selepas makan, makanya tiada pinggan kotor diatas sink. 

Amalan membasuh pinggan mangkuk selepas makan masih KG teruskan sehingga kini. Anak-anak ahkak, ahkak didik basuh pinggan selepas makan. WAJIB!! Siapa makan tak basuh pinggan, memang jadi mama singa la ahkak ni. Ngeheheh. Tiada keburukannya mendidik anak-anak buat kerja membasuh pinggan dari usia 7 tahun. Dulu, mama KG pun buat KG macam tu juga. Hasilnya, sekarang disiplin tu masih melekat. Kerana ianya amalan yang positif sebenarnya. Kalau kau biar anak-anak kau dari kecil, lepas makan tinggalkan pinggan kotor atas meja macam tu aje kemudian kau sebagai emak yang basuh. Hah...sehingga dorang dewasa pun perangai tu dorang bawa. MALAS. Bila kena suruh basuh, tak pinggan yang habis pecah telinga korang yang pecah dengar bebelan dorang. Tak percaya cubalah...



Namun ada juga sesetengah orang yang 'SUKA' kumpul pinggan mangkuk kotor selepas makan, tidak kiralah lepas sarapan, makan tengahari atau makan malam. Pinggan mangkuk dari pagi hingga ke malam sudah bertimbun di atas sink. Bukan suka sebenarnya tapi lebih kepada 'SIKAP' individu itu sendiri. Malas dan suka Bertangguh. Tahukah korang disebalik sikap itu sebenarnya ada keburukannya? Bukan saja dari segi agama tapi juga untuk kesihatan kita? KG ada terbaca satu artikel mengenainya.


Ada sebab tertentu sebenarnya, sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih. Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki. Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan dan bekas kotor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata. Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang. Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makan syaitan. Bahagian sinki mesti bersih.

Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran Islam:
"Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pinggan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makan dicuci sebaik sahaja selepas digunakan. Sisa-sisa makanan dyang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan sukan kepada makanan yang kotor dan busuk."

.





PINGGAN MANGKUK KOTOR KENA CUCI SEBELUM TIDUR, kenapa PINGGAN MANGKUK KOTOR KENA CUCI SEBELUM TIDUR, keburukan pinggan mangkuk tidak dibasuh sebelum tidur,
Kredit picture : Google

5 ulasan:

  1. Kalo lps mkn trus basuh kn bagus, ni ada yg jenis malas.. Longgok dlm sinki

    BalasPadam
  2. Tabiat kurang baik kalau tinggal sisa makanan..

    Betul la Kak Gojes..rezeki pun lambat masuk.

    BalasPadam
  3. xsiok ba klu xdibasuh..dtg segala haiwan2 tidak diundang

    BalasPadam
  4. btl2 sgt setuju. ruang dapur adalah paling ju utamakan selepas masak dan makan, kena bersih sebelum tdur atau sebelum keluar ruma =)

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...