KERETA AUTO VS KERETA MANUAL - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

08 November 2017

KERETA AUTO VS KERETA MANUAL

KERETA AUTO VS KERETA MANUAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KERETA AUTO VS KERETA MANUAL  || Mana pilihan korang? Mesti ada yang jawap  "Saya lebih suka drive kereta auto sebab lebih mudah dibawa" atau ada yang kata begini "susah la bawa kereta manual, penat kaki". Ahkak punya jawapan, dua-dua pun ok aje sebabnya kalau kereta jenis manual pun ahkak boleh pandu dan auto pun boleh aje. Jadi memang ahkak tiada masalah kalau tetiba jumpa kereta manual ker, auto ker. 

Kisahnya dulu masa belajar memandu ambil lesen. Semua kereta yang digunakan adalah manual saja. Masa tu KG pernah juga request auto tapi pihak pengajar kata memang kereta manual saja yang digunakan. Huhuhu, berbeza dengan yang sekarang kan. Kata kawan KG sekarang kau kena pilih kau nak ambil lesen kereta manual atau kereta auto. Jika kau pilih senang dan mudah, memang la kereta auto kau pilih apalagi kalau kaum wanita ni. Tapi belajar kereta auto ni mahal rupanya (kata kawan ahkak yang sudah selamat dapat lesennya) Syukurlah ahkak dulu biarpun belajar kereta manual, tapi masih tahu drive kereta jenis auto.

Percaya atau tidak, selepas KG dapat lesen KG ada setahun tidak memandu (sebab belum ada kereta sendiri..ngehehe..sekarang pun bukan ada kereta sendiri) Selepas setahun, baru KG bawa kereta jenis auto. Masa tu, punyalah bahagia bila pandu kereta gear auto sebabnya mudah dan tidak penat kaki tu. Berkenalan dengan kereta jenis auto pun sehari saja. Tidak lama lepas tu kawan lama ahkak suruh bawak kereta manual (dulu punya kisah). 

Ya Allah...boleh-boleh kau lupa apa fungsi tu clutch, gear 1,2,3,4,5 dan R!! Yang ahkak tau stereng, batang gear, pedal minyak dan brek. Sebab sudah berkenalan dengan kereta auto kan. Masa driving kereta jenis manual tu, ada juga dekat 10 kali mati enjin dan jalan pun bengkang-bengkok macam orang mabuk bawak kereta. Lepas tu, sekian dan terima kasih sajalah dengan kereta manual sehingga KG kahwin dan ada anak 1 baru mula 'bercinta' dengan kereta jenis manual.


JENIS MANUAL
JENIS AUTO

Mudah untuk mengawal kelajuan dengan bermain gear dan clutch. Terutama bila naik bukit dan memotong.

Bila bateri kong, kereta masih boleh dihidupkan dengan diluncurkan.

Mencabar dan penat, kerana kaki mengawal clutch, brek dan pedal minyak. Manakala tangan mengawal stereng dan gear.

Kena pandai imbangkan kawalan minyak dan clutch, jika tidak enjin mati dan kena start enjin semula. Heheh.

Jenis manual kalau dibandar, memang sangat memenatkan pijak pedal brek,minyak dan clutch. Apalagi kalau terkena masa sesak.

Jenis auto ni, ikut jenis kereta juga kalau jenis besar kuatlah dia naik bukit dan laju. Ada juga sesetengah kereta jenis auto ni ada gear S (ini KG baru tau, masa bawa kereta kawan jenis Preve) Tujuannya digunakan semasa memotong. Hahaha tu kata kawan KG la.

Bila bateri kong atau kereta tidak boleh hidup, payah sikit. Bukan macam jenis manual yang boleh diluncurkan. Maknanya kena jaga la bateri kereta korang bebaik untuk pengguna kereta auto.

Mudah.Lepas masuk gear terus pijak pedal minyak dan kawal stereng. Gear akan ditukar secara automatik bergantung pada kelajuan kereta.

Lebih sesuai digunakan di bandar.
KG bagi perbezaan untuk kereta jenis Manual dan Auto ikut pendapat serta pengalaman sendiri ya.


Percaya atau tidak, tidak semua lelaki tahu memandu kereta jenis auto biarpun sudah ada lesen memandu. Sebabnya dia biasa memandu kereta jenis manual saja. Begitu juga dengan wanita, tidak semua tahu memandu kereta jenis manual kerana sudah terbiasa dengan 'mudahnya' memandu kereta jenis auto. Dan... masih ada lelaki dan wanita yang memang tahu memandu kereta jenis manual dan auto. Ada juga yang bermula memandu kereta manual, bila terbiasa memandu kereta auto dia boleh lupa diri. Maksudnya lupa cara memandu kereta manual. Hehehe. Dan beruntunglag kamu yang tahu menggunakan kereta jenis auto dan manual.Macam Kak Gojes...hehehe

Sekian dulu.




KERETA AUTO VS KERETA MANUAL, kelebihan memandu kereta jenis auto, kelebihan memandu kereta jenis manual, keburukan kereta auto, keburukan kereta manual, cara memandu kereta manual, cara memandu kereta auto

6 ulasan:

  1. Suka kereta Auto sbb kaki x penat sngt. Tp still boleh drive Manual jg la.

    BalasPadam
  2. Siapa yg pandai manual dia boleh pandai bawa auto tapi yg tau auto takkan mudah nak bawa manual kan

    BalasPadam
  3. dua dua suka ... kalau masuk bandar, pakai Auto. tapi kalau long distance drive, kak pip suka pakai manual :))

    BalasPadam
  4. sekarang ni guna dua dua gear sebab tukar-tukar kereta so kene maintain bijak dan tak jadik pelupa hahaha

    BalasPadam
  5. Sha pun bleh bawak dua2..kete suami manual..kete sha auto..kadg tukar2 kete..jadi kena dua2..

    BalasPadam
  6. Selesa dgn auto sebab drive dgn anak2 ni macam2 yg diminta masa tgh drive tu, nak makan la, nak air la, tisu la..ada je

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...