KEMASKINI MAKLUMAT BR1M 2018 - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

28 November 2017

KEMASKINI MAKLUMAT BR1M 2018

KEMASKINI MAKLUMAT BR1M 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KEMASKINI MAKLUMAT BR1M 2018|| Bantuan Rakyat 1Malaysia Dibuka bermula 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017 ini, samada melalui online atau manual.  KG sudah mengemaskini maklumat KG, Korang bila lagi? Sesiapa yang telah memohon pada tahun 2017 dan tidak berjaya, bolehlah mencuba untuk memohon semula. Mana tahu tahun 2018 dapat kan. Okeylah, untuk info lanjut kamu boleh berkunjung sendiri ke laman web rasmi  seperti pautan di bawah.
"Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.
"Portal ini juga boleh digunakan untuk permohonan atau bagi mengemas kini butiran secara atas talian.
"Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia dan pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018. 
"Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun," katanya.
Kementerian Kewangan juga memaklumkan, kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.
Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018, yang sudah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my.
Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my.

(sumber : Bharian)

permohonan BR1M 2018, rayuan permohonan BR1M 2018,KEMASKINI MAKLUMAT BR1M 2018,BR1M 2108, BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA, bantuan rakyat, br1m 2018, pembayaran BR1M 2018, pembayaran BR1M 2018 fasa pertama, bila pembayaran BR1m 2018 fasa pertama

1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...