DEKATKAN JARAK KITA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

29 November 2017

DEKATKAN JARAK KITA

DEKATKAN JARAK KITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DEKATKAN JARAK KITA || Terjebak dengan drama di TV3 ini, Slot Samarinda setiap Isnin Hingga Rabu jam 10 malam. Jalan cerita yang menarik hati KG untuk mengetahui kesudahannya dengan lebih lanjut. Drama ini merupakan adaptasi dari sebuah cerpen karya Syu Ariani. Drama ini terbitan JS Pictures Sdn Bhd, sentuhan pengarah Azman Hj.Yahya,  ada 15 episod semuanya. Antara barisan pelakon ialah Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Emma Akma, Rashid Jaafar, Aishah Atan , Ziyan Ibrahim dan ramai lagi. OST Dekatkan Jarak Kita ini pun sedap didengar, Lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli.


SINOPSIS DRAMA DEKATKAN JARAK KITA 


Mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.


Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif.


Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofea juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofea untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa.


Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?



dekatkan jarak kita, sinopsis drama dekatkan jarak kita, sinopsis cerpen dekatkan jarak kita, penulis cerpen dekatkan jarak kita, barisan pelakon drama dekatkan jarak kita, ost drama dekatkan jarak kita, tonton online drama dekatkan jarak kita, download drama dekatkan jarak kita, barisan pelakon drama dekatkan jarak kita, slot samarinda
Kredit : Google




1 ulasan:

  1. Pada waktu itu saya tak sempat tengok..ada Kerja offline nak buat

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...