APA KELEBIHAN AYAT RUQYAH? - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

16 November 2017

APA KELEBIHAN AYAT RUQYAH?

APA KELEBIHAN AYAT RUQYAH?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


APA KELEBIHAN AYAT RUQYAH? || Korang tahu kelebihannya?  Apa gunanya atau fungsi ayat Ruqyah ini? Atau masih ada yang tidak tahu apa itu ayat Ruqyah? Ayat ruqyah ni merupakan himpunan ayat al-Quran yang digunakan untuk tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Al-quran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dimaksudkan bahawa ayat-ayat ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah SWT jua yang memperkenankan doa kita.


KG selalu dengar tentang Ayat Ruqyah ini dikalangan mereka yang mengamalkan perubatan islam. Pernah hari tu, masa bapa KG 'tidur' dihospital selama hampir dua bulan KG bersama adik ipar dan kakak KG ke sebuah surau kalau tidak silap. Di surau tu, berbotol-botol air mineral diletakkan di atas sebuah meja dengan stiker "air mineral dengan bacaan Ruqyah" kalau tidak silap. (Lupa ambil gambar). Tujuan ke surau itu sebenarnya, kami mahu bersedekah. Kakak dan adik ipar KG mengambil dua botol air mineral tersebut dan bersedekahlah seikhlas hati bukannya membayar harga air mineral tersebut. Disebabkan niat kami memang ingin bersedekah, kakak KG masukkan sejumlah wang dalam tabung yang disediakan. Mari kita baca tentang Ayat Ruqyah ni. Sumber KG sudah nyatakan dibawah sekali ya.



Biasanya, bila ayat Ruqyah di bacakan pada orang yang sakit terdapat  simptom-simptom seperti berikut (Tanda-tanda seseorang diresapi / sihir oleh mahkluk jin)



1)DENYUTAN JANTUNG MAKIN KENCANG
2)BADAN BERGEGAR
3)ADA BENDA BERGERAK-GERAK BAWAH KULIT
4)MENGANTUK/MENGUAP
5)BATUK
6)GELISAH
7)PANAS DI TENGKUK

Sekiranya korang mengalami sebahagian simptom- simptom diatas,kemungkinan adanya jin yang menghuni ditubuh korang. Penjelasannya adalah,,jin yang berada didalam tubuh akan bergerak melalui saluran darah dan mengganggu atau menyakitkan setiap anggota tubuh yang dilalui atau didudukinya. 



Dengan ayat-ayat ruqyah syariah ini, amatlah mustajab dalam menyingkirkan mereka keluar atau menyakiti dari anggota tubuh, dan mereka akan kesakitan dalam anggota tubuh anda sehinggalah mereka keluar. Bila ini berlaku degupan jantung anda akan bertambah kencang dan kemudian anda akan berasa letih dan mengantuk dan bagi kes saka,anda akan terasa panas ditengkuk. Bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta dapat memagar diri anda. 



Selain itu pesakit haruslah berzikir sebanyak-banyaknya didalam hati tak kira masa dan tempat. Amalkanlah dengan ‘THO HA’ (Surah Taha ayat 1) .Kesannya semasa berzikir, perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa, Ini petanda bahawa jin-jin yang berada dalam tubuh akan beransur-ansur keluar, InsyaAllah. 



Kelebihan Ayat Ruqyah


Dengan mendengar ayat ruqyah, insyaAllah ianya mampu menyembuh perbagai penyakit misteri diantaranya:- 

  • Fikiran runsing dan jiwa gelisah  
  • Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka  
  • Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan  
  • Ketenangan dalam rumahtangga  
  • Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam  
  • Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa  
  • Anak-anak mudah mendengar kata orang tua  
  • Menguatkan hafalan dan pembelajaran  
  • Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran 
  • Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan 



Cara Mengguna/Mendengar Ayat Ruqyah 


1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan ayat ruqyah didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi 


2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam kenderaan kerana, kesannya akan mengakibatkan anda mengantuk dan akan mengganggu pemanduan. 



3) Bagi anak-anak yang sering menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda. 



4 ) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan ayat ruqyah ini untuk 3 hari. Air tadi dibuat minum secawan untuk 3x sehari dan lakukanlah seterusnya untuk hari berikutnya. Tiap-tiap selepas solat bacalah Ayatul Qursy 3x dan Al Insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian pada sebelah malamnya pula, perdengarkan ayat ruqyah dan hendaklah dipasang dari malam sampai ke pagi selama sebulan. 



5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, perdengarkan 3x sehari untuk 3 hari berturut-turut. 



6) Jika anda sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan ayat ruqyah ini 3x sehari, insyaAllah anda akan cergas dan kembali bersemangat. 


*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR AYAT RUQYAH, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT DENGAN MENGIKUTI BACAANNYA DI MULUT ATAUPUN DI HATI* 



Nama Surah Juzuk Ayat-ayat Ruqyah:- 

Surah Al-Fatihah Juzuk 1 Ayat Seluruhnya 
Surah Al-Baqarah Juzuk 2 Ayat 1 hingga 5 
Surah Al-Baqarah Juzuk 2 Ayat 102 
SurahAl-Baqarah Juzuk 2 Ayat 163 hingga164 
Surah Al-Baqarah Juzuk 2 (Ayatul Kursi) Ayat 255 
Surah Al-Baqarah Juzuk Ayat 285 hingga 286 
Surah Al-Imran Juzuk 3 Ayat 18 hingga 19 
Surah Al-’Araf Juzuk 7 Ayat 54 hingga 56 
Surah Al-’Araf Juzuk 7 Ayat 117 hingga122 
Surah Yunus Juzuk 12 Ayat 81 hingga 82 
Surah Toha Juzuk 20 Ayat 69 
Surah Al-Mukminun Juzuk 23 Ayat 115 hingga 118 
Surah As-Soffaat Juzuk 37 Ayat 1 hingga10 
Surah Al-Ahqaaf Juzuk 46 Ayat 29 hingga 32 
Surah Ar-Rahman Juzuk 55 Ayat 33 hingga 36 
Surah Al-Hasyr Juzuk 59 Ayat 21 hingga 24 
Surah Al-Jin Juzuk 72 Ayat 1 hingga 9 
Surah Al-Ikhlas Juzuk 112 Ayat Seluruhnya 
Surah Al-Falaq Juzuk 113 Ayat Seluruhnya 
Surah An-Naas Juzuk 114 Ayat Seluruhnya 


SUMBER : DI SINI

apa kelebihan ayat ruqyah? apa itu ayat ruqyah, cara mendengar ayat ruqyah, ayat-ayat dalam ruqyah, maksud ayat ruqyah
kredit : Cik Laili


IKLAN KERJA KOSONG




3 ulasan:

  1. TQ KG. Nak start pasang juga ayat Ruqyah ni kat rumah.
    Kaklong ni siang asyik ngantuk je, malam elok pula segar.
    Walaupun tak tau la tu tanda jin ke apa, tapi mana la tau kan..

    BalasPadam
  2. memang bagus ayat ruqyah ni kalau diamalkan..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...