FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

07 Ogos 2017

FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA

FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA || akan berada di atas ufuk dan seluruh Malaysia akan dapat melihatnya. Seperti yang diwar-warkan, malam ini 07 Ogos 2017 - 08 Ogos 2017 akan berlakunya gerhana bulan separa. Ahkak tahu tentang fenomena yang akan berlaku ini pun melalui sebaran surat digroup whatsapp. Tertanya-tanya juga bagaimana berlakunya gerhana bulan separa dan mengapa berlakunya fenomena ini? Berikut adalah jadual fasa gerhana yang dijangka berlaku malam ini.

Jadual di bawah adalah berdasarkan  maklumat dari timeanddate.com.
Fasa GerhanaWaktu Malaysia
Permulaan masuk bayang-bayang penumbra7 Aug, 11:50 PM
Permulaan masuk bayang-bayang umbra. Gerhana separa bermula8 Aug, 01:22 AM
Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa8 Aug, 02:20 AM
Tamat gerhana separa. (Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)8 Aug, 03:18 AM
Tamat gerhana penumbra (Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)8 Aug, 04:50:56
  1. Keseluruhan FASA GERHANA SEPARA (Bulan berada di dalam bayang-bayang umbra) ialah selama 1 jam 55 minit.
  2. Bulan akan berada tegak dan sedikit ke arah barat, ketika bermulanya fasa gerhana separa.
  3. Bulan akan berada di kawasan buruj Capricornus.

Adakah Bulan menjadi merah ketika gerhana nanti?

Oleh kerana kali ini ialah gerhana bulan separa, Bulan tidak akan ditutupi sepenuhnya oleh bayang-bayang Bumi. Ia TIDAK AKAN KELIHATAN KEMERAHANKita akan hanya dapat lihat sebahagian kecil bulan kelihatan ‘sompek’ atau ‘terpotong’ sahaja.
Maklumat lanjut mengenai gerhana sila rujuk web Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad;
Tidak perlu teleskop untuk melihat fenomena ini. Gerhana Bulan amat senang dan boleh dilihat dengan mata kasar sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai binokular atau teleskop, pemandangan akan lebih jelas dan menarik.
Korang juga BOLEH merakam permukaan Bulan dengan jelas, samada menggunakan kamera telefon bimbit yang mempunyai fungsi zoom yang kuat, ataupun kamera DSLR dengan lens zoom yang panjang, ataupun rakaman terus menerusi teleskop.
Bulan merupakan objek yang besar dan terang. InsyaAllah tidak ada masalah untuk merakamnya. Adakah Bumi menerima sebarang kesan fizikal daripada fenomena ini ?Tidak. Gerhana Bulan ialah sebuah fenomena optikal sahaja. Ia tidak ada kesan langsung terhadap kehidupan di Bumi.
Bilakah gerhana bulan seterusnya?Jika anda terlepas peluang menyaksikan gerhana bulan separa kali ini (mungkin disebabkan faktor cuaca atau tertidur!), janganlah risau. Tahun hadapan, 2018, kita di Malaysia akan sekali lagi berpeluang menyaksikan 2 KALI GERHANA BULAN PENUH, iaitu pada bulan 31 Januari dan 28 Julai 2018!. Mudah-mudahan umur masih panjang masa tu dapatlah saksikan lagi fenomena gerhana bulan  ni.

Fenomena gerhana bulan separa,solat sunat gerhana bulan,bagaimana gerhana bulan berlaku,bilakah gerhana bulan akan berlaku lagi,kesan gerhana bulan separa,solat gerhana,fasa gerhana bulan


6 ulasan:

  1. Rezeki kepada yang dapat melihatnya...hayati dan pelajari sesuatu.Bukti kekuasaanNya.

    BalasPadam
  2. Alaa tak sempat pula nak tengok tadi.. terlampau asyik online >.<

    BalasPadam
  3. Tak sabau nak tunggu malam ni, serius,kalau tak ena tak tahu malam ni Gerhana Bulan

    BalasPadam
  4. Tak dapat tengok, tak terjaga... sudahnya solat gerhana pon tak dapat nak buat.. maklumlah jam 4.00 pagi lebih kurang.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...