DRAMA MEH SANDAR LAGI - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

31 Ogos 2017

DRAMA MEH SANDAR LAGI

DRAMA MEH SANDAR LAGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA MEH SANDAR LAGI || ini merupakan drama sekuel  MEH SANDAR PADA AKU yang akan ditayangkan sebanyak 8 episod bermula 28 Ogos 2017 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3. Drama ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah(Khairul Anwar Mat Noor) dan merupakan terbitan Zeel Production Sdn Bhd, menggandingkan semula pelakon Mira Filzah dan Aliff Aziz. Kalau masa drama Meh Sandar Pada Aku, lagu tema (OST Meh Sandar Pada Aku)dia kedengaran comel aje, untuk OST drama Meh Sandar Lagi kali ini dipetik dari album terbaru  Dato Siti Nurhaliza - Simetri , kalau tak silap ahkak lagu ini bertajuk Tak Perlu Ragu.

WATAK PELAKON 

Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
Aliff Aziz sebagai Dr Syed Nadzhan
Haliza Misbun sebagai Syarifah Aleya
Aisyah Ilias sebagai Mastura
Asyraff Aley sebagai Syed Emir
Nada Syuhada sebagai Salwa
Fendi Seman sebagai Zamarul
Daler Yusuf sebagai Dr Syereff
Tony Eusoff sebagai Tengku Kamal
Azri Iskandar sebagai Azhar

LAGU TEMA / OST MEH SANDAR LAGI (LIRIK LAGU DI SINI)



SINOPSIS MEH SANDAR LAGI

Mengisahkan Afnan Tasneem (Mira Filzah) dan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang baru sahaja bergelar pasangan suami isteri. Walaupun demikian, kebahagiaan mereka hanyalah buat sementara waktu sahaja. Rumahtangga pasangan ini mula diuji apabila Nadzhan terpaksa bekerjasama dengan seorang doktor wanita yang menawan bernama Dr. Sandra (Alicia Amin) untuk sebuah penyelidikan di makmal mereka.

Sementara itu, situasi bertambah keruh apabila Tasneem menerima seutus surat daripada wanita yang paling dibenci oleh Nadzhan, iaitu ibu kandungnya (Haliza Misbun) sendiri. Setelah kian lama menghilangkan diri, ibu Nadzhan ingin bertemu semula dengan anak lelakinya itu.

Atas rasa tanggungjawab seorang isteri, Tasneem nekad untuk menyatukan kembali kedua-dua ibu dan anak yang sudah lama terpisah ini walaupun Nadzhan enggan berbuat demikian. Tasneem sedar bahawa perancangannya itu langsung tidak disukai suaminya. Oleh kerana ingin melihat Nadzhan bahagia, Tasneem terpaksa bertahan dengan keperitan dalam hatinya dan melayan karenah suaminya yang semakin tertarik dengan kehadiran Dr. Sandra itu.

Mampukah Tasneem menyelamatkan hubungan antara seorang ibu dan anaknya, serta perkahwinan mereka pada masa yang sama?

drama meh sandar lagi. meh sandar lagi, ost meh sandar lagi. pelakon drama meh sandar lagi, drama sekuel, ost meh sandar pada aku, lirik lagu ost meh sandar lagi, lirik lagu meh sandar pada aku, sandar pada aku, meh sandar lagi, sinopsis drama, sinopsis novel



2 ulasan:

  1. Jarang layan drama2 tv3.. tapi dengar2 drama meh sandar lagi ni banyak orang cerita2 di FB..

    Kalau ada masa, mau tengok juga nanti..

    BalasPadam
  2. tengok jugak cite ni...tinggi betul dr sandra tu kan...

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...