FUNGSI-FUNGSI BUTANG PADA PERIUK AJAIB NOXXA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

03 Julai 2017

FUNGSI-FUNGSI BUTANG PADA PERIUK AJAIB NOXXA

FUNGSI BUTANG PADA PERIUK AJAIB NOXXA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

FUNGSI BUTANG PADA PERIUK AJAIB NOXXA  || Siapa ada periuk ajaib NOXXA? Yang pasti korang yang sudah memilik Periuk Noxxa ini dapat merasai sendiri kelebihannya. KG sudah ada pengalaman masak menggunakan Periuk Ajaib Noxxa, masak Rendang Daging. Masa memasak tu tidak mengambil masa yang lama sepertimana kita memasak guna periuk atau kuali lain. Kalau sebelum ini KG masak daging kari atau rendang, wajib guna segala petua supaya daging tu cepat empuklah, cepat masak la. Tetapi dengan adanya Periuk Ajaib Noxxa, selamat tinggal pada petua-petua. (heheheh...yang serius ni tau).

Baiklah, di sini KG kongsikan untuk semua apa semua fungsi butang-butang pada badan Periuk Ajaib Noxxa ni. KG masa pertama kali guna periuk ni memang jakun sangat, siap takut meletup lagi kalau salah tekan butang. Dengar ada bunyi sikit pun KG panik. 

Berikut adalah senarai fungsi butang PC Noxxa dan tugas yang mampu dilakukannya:-

High Pressure - fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll

Low Pressure - fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)

Warm/Reheat - memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak

Stir-Fry - fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain

Steam - fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan menggunakan air mendidih

Slow Cook - memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh ke dalamnya.

Delay Timer - sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.

Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE. Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel). Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap. Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.

Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dipanaskan ke dalam pot. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM. Tekan butang WARM/REHEAT pada panel. Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Letakkan bekas /bakul penahan ke dalam pot memasak. Masukan minimum 250ml air ke dasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air. Letak makanan yang ingin dikukus/stim di atas bekas tadi. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM Tekan butang STEAM dan set masa. Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan sedikit minyak memasak (ikut resepi) ke dalam pot. Tekan butang STIR-FRY pada panel. Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukkan makanan yang hendak ditumis atau goreng. Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan. Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.

Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM. Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam). Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa

Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa. Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot. Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masak)




beli periuk ajaib noxxa,FUNGSI BUTANG PADA PERIUK AJAIB NOXXA,Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa, Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa,Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa,Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa,Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa,

5 ulasan:

  1. Bagusnya Ada guide mcm ni

    BalasPadam
  2. uih..teringin nak dapatkan satu ni..macam2 menu bolh buat kan

    BalasPadam
  3. bestnya bah ada periuk ni .. macam2 boleh masak.
    Selamat Hari Raya !

    BalasPadam
  4. periuk noxxa unni masih dalam ktak ..tak tahu bila nk guna KG..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...