DRAMA DENDAM AURORA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

25 Julai 2017

DRAMA DENDAM AURORA

DRAMA DENDAM AURORA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA DENDAM AURORA || Akan mula bersiaran pada hari ini 25 Julai 2017 disaluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135 pada pukul 6 petang. Setiap Isnin hingga Jumaat tau. Drama ini membawakan 100 buah episod. Wah....pasti menarik. Dan yang menariknya, kononnya drama ini jalan ceritanya diadaptasi dr sebuah telenovela Itali bertajuk Tuscan Passion. (Woww!!).Dengan barisan pelakon yang memang hebat antaranya Nabila Huda(Aurora), Ungku Ismail Aziz (Harris), Anzalna Nasir (Putri Adrina), Shah Iskandar(Haikal), Mia Nassir(Nissa), Adam Lee, Oktovia Manrose, Aedy Ashraf, Dian P Ramlee, Nikki Palikat, Fezrul Khan, Chew Kin Wah, Watie Elite, Meor Mohd dan ramai lagi.


Nabila Huda sebagai pelakon wanita utama pastinya drama ini menarik...arghhh. KG minat  sangat dengan lakonan Nabila Huda. Watak jahat atau baik dia sentiasa melakonkan watak tersebut dengan baik. Setiap lakonannya terkesan di hati..awww. Jika ikut sinopsis drama Dendam Aurora ini, jalan ceritanya sudah tentu menarik dan penuh tanda tanya. Jika sudah selalu disajikan drama adaptasi novel, apa salahnya beralih angin kepada drama adaptasi dari telenovela Itali, kan? Kebanyakannya memang menarik, pada pendapat KG la.(Lain orang lain la pendapatnya)

Lagu OST Drama Dendam Aurora ini bertajuk Nisan Cinta Nyanyian Siti Nordian dan Jaclyn Victor. KG sudah dengar lagu ni...sangat sedap. Kalau nak dengar bolehlah search di youtube..hehehe.

SINOPSIS DENDAM AURORA

Ianya mengisahkan tentang seorang wanita iaitu Aurora yang ingin membalas dendam terhadap orang menganiaya dirinya selain memperoleh semula apa yang dirampas daripada hidupnya. Harris pula seringkali menuduh Aurora sebagai pembunuh bapa Harris. Benarkah dakwaan tersebut? Berjayakah Aurora dengan rancangan asalnya itu? Benarkah dia adalah orang yang bersalah hingga ke akhirnya? 

DRAMA DENDAM AURORA, sinopsis DRAMA DENDAM AURORA, barisan pelakon DRAMA DENDAM AURORA, lirik lagu nisan cinta, ost DRAMA DENDAM AURORA, lagu-lagu dalam DRAMA DENDAM AURORA, sinopsis tuscan passion

Dendam..Kini aku kembali ~ Aurora

Cinta bertukar dendam ~ Harris

Hak...dia milik aku ~ Putri Ardina

Antara Pembalasan dan Cinta. Apap pilihan aku? ~ Haikal


6 ulasan:

  1. Saya suka tengok iklan dia...macam best...tapi saya belum follow cerita ni..hihi

    BalasPadam
  2. yay tak sabar nak tunggu cerita nie!

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/5-jenis-emosi-dalam-kalangan-remaja.html

    BalasPadam
  3. mak aii.. banyak tu.. 100 episod..

    BalasPadam
  4. mya tengok sekejap je petang tadi. macam best je.

    BalasPadam
  5. member cakap best..tp xdan nk follow lg..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...