BURGER WARNA-WARNI DI BAZAAR PAPAR - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

10 Jun 2017

BURGER WARNA-WARNI DI BAZAAR PAPAR

BURGER WARNA-WARNI DI BAZAAR PAPAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

BURGER WARNA-WARNI DI BAZAAR PAPAR || Salam Ramadhan ke 14. Kisah ya KG ke bazaar Papar beberapa hari yang lalu, hari ini baru sempat buat entri pasal burger kalerful ni. Kalau di bazaar Pekan Ranau, mana KG jumpa burger warna-warni macam ni. Jadi rasa jakun di situ bila nampak makanan berwajah baru ni. Lalu kerana keunikan, kecantikan, kecomelan burger ni KG membeli sebiji burger berwarna merah. Dengan situasi yang sedang berpuasa sebenarnya teringin beli semua kaler tapi KG beli burger warna merah. Besarlah harapan agar burger berwarna merah ini sesedap berbaloi dengan harganya RM5!! 

Selepas berbuka puasa, perut sudah penuh tapi burger merah belum KG dimakan. Malam tu KG bermalam di wad lelaki hospital Papar. Giliran KG menjaga bapa KG. Jadi pasang niat untuk makan tengah malam bila rasa lapar la konon ataupun buat sahur saja. almaklumlah di hospital, mana nak dapat makanan untuk bersahur macam dirumah. Syukurlah ada burger merah sebiji. Dalam hati sebenarnya rasa sayang nak makan burger merah tu sebab comel dan cantik. 

Masa untuk BERSAHUR! KG bancuh milo 3 in 1 untuk menjadi peneman burger merah. Disebabkan rasa sayang nak makan, KG main cubit-cubit saja burger merah. Makan secubit demi secubit, tapi malangnya rasa SEDAP yang KG harapkan TIADA. Rasa ke laut...tak berbaloi dengan harga RM5 dan penampilan burger yang menarik. Tiba-tiba KG rasa tertipu dengan burger warna-warni ni. Bun burger rasanya memang berbeza dari bun burger biasa. Lebih baik rasanya kalau buat burger sendiri berbanding membeli.

Apapun, kebaikannya jumpa burger warna-warni ni KG dapat idea hendak menjual burger warna-warni ni di kampung suami. Sebabnya di sana belum ada burger begini kan, KG pun berniat untuk buka gerai kecil-kecilan depan rumah mertua lepas raya nanti. Kononnya sambil berniaga air ice blended KG nak menjual burger dan kuih-muih. Itu baru perancangan saja, tapi doakan ya agar perancangan KG nak buka gerai kecil-kecilan tu. Sekian dulu cerita KG.

Resepi burger warna warni,burger warna-warni,resepi bun warna-warni,burger kalerfull, cara buat burger berwarna, cara buat bun burger berwarna, bisnes burger,bisnes ice blended,pembekal serbuk ice blended

8 ulasan:

  1. Kreatif la org yg cipta burger cenggini...

    BalasPadam
  2. comel juga burgernya tu..syg pla mau mkn haha

    BalasPadam
  3. rasa mau pi papar pulak bila nmpk burger colourful tu..

    BalasPadam
  4. warna kadang-kdang main peranan untuk mendorong kita membeli.. terkena lagi nafsu lapar tu tengah membuak.. semua nampak sedap

    BalasPadam
  5. Mcm menarik ni, nnt blik kg blh singgah ni

    BalasPadam
  6. wow klu mcm ni, dijadikan perhiasan pun buli ni kak hahhaa

    BalasPadam
  7. burger hispter ni ikut predaran masa gitu, tp biasa mmg lagi sedap burger teda kaler =) cuma warna seja ni yg bikin nampak LEBIH menarik untuk menarik pelanggan =)

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...