EKSPEDISI TAMAN TUN MUSTAPHA 2017 - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

24 Mei 2017

EKSPEDISI TAMAN TUN MUSTAPHA 2017

EKSPEDISI TAMAN TUN MUSTAPHA 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

EKSPEDISI TAMAN TUN MUSTAPHA 2017 || Blog KG sudah bersawang nampaknya. Kesian. Kesian dengan diri sendiri yang tidak dapat meluangkan masa untuk menaip entri terkini. Kesian dengan blog yang terabai. Apapun KG sebenarnya mengutamakan yang memang perlu dilaksanakan dahulu. Bukan bermakna blog tidak diutamakan, tapi ikut ranking juga kan.

Bercerita pasal ekspedisi Taman Tun Mustapha. Inilah ekspedisi satu-satunya yang KG pernah join atau terlibat mengambil masa yang paling lama iaitu 5 minggu. 10 April sehingga 20 Mei 2017. Anjuran bersama Taman Sabah dan WWF. KG sebagai warga Tama Sabah hanya bertugas di dapur sepanjang ekspedisi ini. Tapi ambil kesempatan juga untuk menyertai kumpulan penyelidik masuk ke pulau-pulau yang berdekatan. Seronok. Seronok join para penyelidik. Ada yang masuk pulau cari tumbuhan, binatang, serangga, dan ada juga yang mengumpul data kaum pela'u serta menyelam ke dasar lautan. tapi menyelam ni KG tak join la.

Seronok sebenarnya menyertai aktiviti sebegini jika ahli dalam pasukan kita 'satu kepala'. Tapi hilang seronoknya bila sebaliknya malah kau dapat stress yang lebih. Menjadi satu pengajaran buat diri KG dalam pergaulan sesama kakitangan. Penilaian yang KG buat, mereka yang berpangkat atau memiliki gred tinggi dari kau kurang bergaul dengan orang macam KG yang bergred rendah. Atau mungkin kurang selesa dengan orang yang baru kita jumpa dan baru dikenali. Bergurau pun rasa kekok, berbicara pun terasa kelu lidah. Tapi kalau dengan rakan-rakan dari stesen yang sama, pot..pet..pot..pet...tanpa henti. Bergelak tawa sakan. Enjoy. Namun itu semua hanya penilaian dari sudut pandangan KG jer. Lain orang lainlah pandangannya.

Sebenarnya masih banyak yang ingin KG kongsikan. Tapi cukuplah setakat ini dulu, sekadar pemanas enjin kerajinan menaip semula di blog ini. Bulan Mac 2017 cuma dapat menyajikan 3 atau 4 entri sahaja. Masuk April langsung kosong. Cemburu sebenarnya dengan rakan-rakan blogger yang sentiasa ada idea menaip entri terkini. Insyallah, KG akan kembali bersiaran seperti dulu-dulu. Malas beralasan sebenarnya, sebab orang lain pun ada komitmen juga tapi mampu jer 'hidupkan' blog dorang. KG kalau buat memang mampu cuma kemalasan merajai kesemuanya. MALAS lah yang paling menang sekarang ni. Semoga selepas ini RAJIN akan memenangi semula untuk menghidupkan semula blog ini. Doakan ya.

Panjangnya KG menaip..ntah apa-apa yang KG bebelkan ini. Tajuk dan isi tak berkaitrapat langsung. Okey la. Sampai sini dulu ya. Sekian.

perjalanan ke Pulau Balambangan


10 ulasan:

  1. Best ni trip mcm ni, lgi2 klau dpt member yg satu kepala

    BalasPadam
  2. Selalu nya mcm tu KG. Org berpangkat kurang selesa bergaul dgn org bawahan sebab nak jaga standard. Tu apa yg sy dpt masa kerja dulu. Tp tak semua mcm tu.

    Kalau sesama kawan kita mmg riuh rendah di buatnya. Memang seronok sgt. Rasa masa cepat je jln kalau dgn kwn sekepala ni.

    BalasPadam
  3. KG ayung la pic taman tun mustafah ya lawa2..hihihihi, x pnh smpai

    BalasPadam
  4. Seronoknya ada pengalaman gini.

    Yg part sukar bergaul bila gred rendah tu da sllu prnh nmpk. Tapi x smua la kan.

    BalasPadam
  5. Bestnya menyelam....
    Lama sudah kak pip ndak menyelam bah...
    Dui, rindu tu tingu ikan2 di laut....

    BalasPadam
  6. hee~ KG kena rajin menaip lagi ni.. nanti update le ape ade kat taman tun mustapha tu ye..

    BalasPadam
  7. seronok je baca orang menyelam, diri sendiri takut..

    Rendah imun badan, asyik demam

    BalasPadam
  8. bah kak, nxt trip roger2 k..hihi

    BalasPadam
  9. wow 5 minggu. Macam siok saja kan KG. Bah salam blogger sabahan kio :)

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...