JADIKAN AKU YANG KEDUA

JADIKAN AKU YANG KEDUA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JADIKAN AKU YANG KEDUA || Merupakan drama terbaru adaptasi novel Jadikan Aku Yang Kedua karya Siti Khadijah terbitan Opera Klasik Sdn. Bhd. arahan Rashid Sibir. Gandingan pelakon suami isteri Amar Baharin dan Amyra Rosli dalam drama 18 episod ini yang bakal ditayangkan di Astro Oasis. Barisan pelakon yang turut berlakon antaranya Yana Samsudin, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartina Azizi, Wilma Muhammad dan ramai lagi.


WATAK PELAKON 
Amar Baharin sebagai Thaqif Aswad 
Amyra Rosli sebagai Nuha Saqeena
Yana Samsudin sebagai Wawa 

Sinopsis Jadikan Aku Yang Kedua


KESETIAAN, itulah yang ingin Thaqif pertahankan. Walaupun Waheeda sudah meninggalkan dunia ini namun cintanya pada wanita itu tidak pernah luput. Hadirnya Putra Danial dan Putri Dania lambang cintanya pada Waheeda membuatkan dia merasakan bahawa tiada insan lain yang dapat menggantikan tempat Waheeda. Cintanya untuk Waheeda, setianya hanya untuk wanita itu saja walaupun jasad Waheeda tiada di hadapan mata namun cinta si isteri sentiasa mekar di hati.
“ Wahi janji akan cintakan abang sampai hujung nyawa Wahi. Wahi harap abang pun macam tu, jangan pernah abang cuba- cuba untuk cintakan orang lain. Kalau abang cintakan orang lain bermakna abang memang tak pernah cintakan Wahi. Ingat tu!”- Waheeda
 “ Abang janji sayang, hanya cinta sayang yang pertama dan yang terakhir buat abang. Takkan ada mana- mana perempuan yang akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dengan jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana,”- Thaqif Aswad
Itulah janjinya pada Waheeda sebelum wanita itu pergi buat selama- lamanya. Sedih, kecewa, hampa namun hidup perlu diteruskan demi anak- anak yang ditinggalkan. Walaupun berat namun Thaqif harus membuat keputusan demi masa depan si kembar.
Demi sebuah tanggungjawab yang perlu dilakukan, Thaqif bersedia untuk menerima wanita lain untuk menjadi ibu kepada anak- anaknya.
Namun, bagi Nuha Saqeena lamaran daripada Cikgu Thaqif umpama mimpi di siang hari. Lelaki yang dipuja dalam diam akhirnya melamarnya, itu merupakan perkara yang tidak pernah Nuha bayangkan. Walaupun berkahwin kerana si kembar, Nuha rela kerana hatinya sudah terpaut pada lelaki itu sejak pandang pertama lagi.
“ Saya melamar awak ini bukan kerana terpaksa ataupun dipaksa tetapi saya perlukan pertolongan awak untuk mendidik dan mengasuh anak saya. Kalau awak tak boleh nak anggap dia macam anak- anak awak pun saya tak kisah, awak anggaplah Dani dan Dania tu macam adik awak. Pernikahan ini adalah alasan untuk membolehkan awak tinggal bersama dengan kami. Memang tak logik kan awak dan saya tinggal dalam satu rumah tanpa sebarang ikatan?”

Dengan rela hati, Nuha Saqeena menerima lamaran Cikgu Thaqif. Namun, keindahan yang dia inginkan bukan seindah yang difikirkan. Banyak ujian yang perlu ditempuhi untuk memiliki sekeping hati milik Thaqif. Kenyataannya dia bersaing dengan wanita yang tiada di dunia lagi!
Nuha pasrah andai itu yang telah ditetapkan. Berada di sisi Thaqif itu sudah memadai baginya. Cukuplah dia mencintai lelaki itu dengan caranya sendiri. Dia redha jika dia hanya menjadi yang kedua dalam hidup lelaki itu.
“ Saya sayangkan cikgu, memang saya tak mampu untuk menandingi cinta Kak Wahi tapi cukuplah cikgu jadikan saya yang kedua dalam hati cikgu,” – Nuha Saqeena.


sinopsis jadikan aku yang kedua, barisan pelakon jadikan aku yang kedua, ost drama jadikan aku yang kedua, sinopsis belakang novel jadikan aku yang kedua, sinopsis drama jadikan aku yang kedua, barisan pelakon drama jadikan aku yang kedua, tonton online drama jadikan aku yang kedua, baca online novel jadikan aku yang kedua, jadikan aku yang kedua karya siti khadijah, beli novel jadikan aku yang kedua

sinopsis jadikan aku yang kedua, barisan pelakon jadikan aku yang kedua, ost drama jadikan aku yang kedua, sinopsis belakang novel jadikan aku yang kedua, sinopsis drama jadikan aku yang kedua, barisan pelakon drama jadikan aku yang kedua, tonton online drama jadikan aku yang kedua, baca online novel jadikan aku yang kedua, jadikan aku yang kedua karya siti khadijah, beli novel jadikan aku yang kedua

0 000 komplen:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...