SAYA IZINKAN AWAK KAHWIN BARU

SAYA IZINKAN AWAK KAHWIN BARU

 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SAYA IZINKAN AWAK KAHWIN BARU|| Alangkah indahnya dunia seorang lelaki jika seorang isteri mengungkapkan baris ayat tersebut padanya. Korang rasa apa perasaan si suami bila si isteri bagi keizinan tersebut? Yang pasti ada rasa terkejut, pelik, curiga, gembira dan... ntah la apalagi perasaan si suami. Jika benar begitu mudahnya memberi keizinan pada suami untuk kahwin baru sudah pasti tidak akan ada kes menyimpan perempuan simpanan, kekasih gelap, kahwin di sempadan, berpoya-poya dengan gadis kelab malam dan banyak lagi. 

Kenapa mesti mahu kahwin baru sedangkan wanita yang dinikahi dulu adalah wanita yang dicintai? Ada alasan, kahwin baru bukan kerana sudah tidak cintakan isteri tetapi sudah terlanjur sayang pada gadis yang baru, lain lagi alasan kasihan, terlanjur sehingga ada 'hasil' dan pelbagai alasan. Bagi yang tidak mahu memberi alasan, dia kahwin di sempadan. Yang tu jenis pengecut sebenarnya. (Bagi KG la). Alasan paling 'win' lagi, "keturunan aku memang ramai bini... jadi aku ni termasuk antara yang kahwin lebih dari seorang"

Memanglah dalam Islam sendiri tidak melarang lelaki kahwin dari seorang isteri. Tapi kenapa bila soal kahwin lagi, lelaki akan lebih 'ilmu'nya?Dia akan sebut pasal dalam agama tidak melarang..bla..bla..bla... Soal ekonominya? Soal kebajikan anak-anak?Soal lainnya? Tidak pula difikirkan. "Ala... bukannya sakit pun kalau abang kahwin lagi satu". Sakitnya memanglah suami tidak nampak, tidak rasa kerana yang merasakannya adalah si isteri. Mudah kan bagi seorang lelaki bergelar suami.

Entri ini KG taip bukan bermaksud apa-apa melainkan mengeluarkan pendapat sendiri saja. Teringat pada seorang makcik (yang dimadukan) berbalas cakap dengan anak buahnya. Kisahnya, si anak buah (lelaki) dia ni  bergurau dengan isterinya konon hendak kahwin lain. si isteri pun menjawab "bulih bah, kalau berani jumpa bakal bini pertama dulu". Jadi si makcik ni menyampuk "Kau ingat senang-senangkah mau kasi benar laki kawin baru? mulut tu cakap 'iya'..dibelakang hari makan hati sajalah kau. Saya sudah rasa tu semua." Tetiba si makcik emosi. Si anak buah dan isterinya saling berpandangan. (hahaha...KG yang tercurik dengar buat-buat pekak saja)

petanda suami nak kahwin lagi,SAYA IZINKAN AWAK KAHWIN BARU,poligami, kenapa suami nak kahwin baru, suami kahwin lagi

Okeylah...itu sajalah cerita untuk hujung minggu ni. KG bingung sendiri dengan apa yang ditaip...hahaha..kbai.

6 000 komplen:

  1. susah perempuan nak redha laki kawin lain ni...

    BalasPadam
  2. betul tu..mulut kata lain, hati kata lain..hehe

    BalasPadam
  3. amboiii alasan "memang keturunan ramai bini" tu paling kelakar dan tak boleh diterima akal langsung...! geram pula rasanya kalau ada yang jawab macam tu.. :p

    dalam soal poligami ni, yang pertama niat tu kena betul.. kan KG kan.. :) kalau betul jujur ikhlas kerana Allah, InsyaAllah pasti Allah permudahkan semua pihak.. tapi kalau awal2 niat dah tak betul, memang ujian demi ujian la yang bakal menunggu..

    ...

    BalasPadam
  4. memang akan dapat payung emas. Tapi, jiwa dan raga tu kan..adoi bagai di tusuk2 setiap masa kan.

    BalasPadam
  5. laki kalau dengar ayat tu, senyum sampai ke telinga kot...tapi lelaki kan, mudah jatuh cinta..tu yang macam2 kes..ada sampai tahap kahwin kat sempadan ..nak kahwin tapi takut dengan isteri pertama..acane?seorang isteri pun tak boleh nak handle, nak tambah satu lagi..hmmm

    BalasPadam
  6. Hehehe kebanyakan suka tapi ada jugak yg tak suka dengan ungkapan itu.. ekekeke

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...