SALJI DI GUNUNG KINABALU

SALJI DI GUNUNG KINABALU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SALJI DI GUNUNG KINABALU | Tentu korang tidak percaya bila khabar berita tentang salji di Sabah, kan. Samalah macam KG sendiri tidak percaya. Tapi setelah baca satu artikel tentang salji di Gunung Kinabalu ni suatu masa dulu dan disertai dengan gambar yang memang ada salji, baru la KG percaya. Yalah, kan Malaysia ni bukan ada musim salji. Pegawai yang dimaksudkan itu juga sebenarnya tinggal depan rumah KG jer. (Staff quarters) Nanti ada masa nak juga temuramah dengan beliau sendiri.

Oh ya, sekarang cuaca di Sabah memang sejuk berbanding sebelum ini. Terutamanya di Ranau. Kalau nak mandi pun terasa air tu macam air ais. Sejukkkkk. Sejuk hingga menggigit-gigit dalam tulang. (sangat sejuk la tu)


KUNDASANG  : Ramai yang tidak tahu bahawa Gunung Kinabalu pernah diselubungi salji pada tahun 1993 iaitu 24 tahun yang lalu dan sejarah ini disegarkan kembali untuk mengingatkan orang ramai khasnya penduduk sekitar Ranau.

Renjer Taman-Taman Sabah Palimin Jasli, 46, pernah dipaparkan di akhbar New Sabah Times pada 20 Jun 1993 tentang kejadian gunung diselubungi salji dan mengejutkan orang ramai. Palimin menceritakan pengalamannya ketika beliau mendaki gunung bersama 10 kakitangan KOKTAS pada 15 jun 1993.

“ Sebelum kami memulakan pendakian, cuaca pada ketika itu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya, ketika perjalanan kami ke Laban Rata keadaan cuaca amat sejuk  daripada hari yang lain “ kata Palimin.

Ketika di Laban Rata, mereka terpaksa menundakan perjalanan ke puncak sehingga hujan reda dan mereka pun meneruskan perjalanan ke puncak pada jam lima pagi.

“ Keadaan permukaan jalan ke puncak sangat licin dan kami terpaksa dalam langkah berjaga-jaga sehinggalah sampai pada 6:30 pagi,” katanya.

Setelah tiba di puncak, kesemua pendaki amat terkejut kerana keseluruhan bahagian puncak itu dipenuhi salji dan suasana yang amat luar biasa.

“ Saya dan pendaki-pendaki menjadi saksi gunung ini diselubungi salji dan buktinya salji ini sejuk berserbuk dan bukannya ais, dulu ais sering berlaku di gunung di dalam takungan lopak, “ kata Palimin yang telah berkhidmat lebih daripada 18 tahun.

Untuk kisah selanjutnya boleh ke blog Cerita Ranau



SALJI DI GUNUNG KINABALU

SALJI DI GUNUNG KINABALU

Gambar-gambar dibawah ini adalah yang dirakamkan minggu lepas yang sudah viral dimedia sosial. KG dapat lihat digroup whatsapp (Taman Kinabalu) kedua gambar ini.

SALJI DI GUNUNG KINABALU, musim sejuk di sabah, fenomena sejuk di sabah

Embun yang membeku seperti salji kan.


1 000 komplen:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...