9 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PERLU TAHU - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

09 Januari 2017

9 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PERLU TAHU

9 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PERLU TAHU APABILA BERUSIA 10 TAHUN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

9 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PERLU TAHU...|| Apabila sudah berusia 10 tahun. Dan kalau ikutkan, sepatutnya sebelum usia itu lagi perlu didedahkan beberapa perkara. (Pendapat KG la). KG ni ada anak gadis seorang saja, dua orang lagi anak teruna. Memang perlu sangatlah info-info begini bagi menambahkan pengetahuan mama macam KG ni. Korang pun bolehlah baca sekali ya..

BETAPA KITA MENYAYANGINYA

~ Bagitau pada anak gadis kita tu, bahawa kita sangat menyayanginya dan dia adalah insan terpenting buat kita. Bukan juga bermakna anak-anak lelaki tak penting atau kurang disayangi tau. Tapi...bukan mudah menjaga anak gadis. Karang ada insan lain luahkan dia sayang pada anak gadis kita? haaaaaa...jadi, pastikan si anak gadis tahu tau.

BAGAIMANA UNTUK MEMASAK SERTA MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH

~ Anak gadis sepatutnya diajar tentang kerja-kerja rumah seperti memasak, basuh pinggan, kemas rumah, lipat kain dan sewaktu dengannya. Bukan mendera bila kita menyuruh mereka lakukan kerja-kerja tersebut tetapi mengajar. Macam KG masa budak-budak dulu, baru umur 7 tahun mak sudah suruh buat kerja-kerja dapur. Waktu tu memang rasa terbeban dengan tugasan yang mak suruh, tapi bila sudah semakin dewasa segala kerja-kerja didapur KG boleh buat tanpa rasa kekok. Sehingga kini rasa beruntung sebab mak buat macam tu pada KG. Jadi pastikan anak gadis kita juga tahu buat kerja-kerja dapur ya.

PERUBAHAN TUBUH BADAN 

~ Yang ni memang sangat penting. Bab yang ni mak KG berahsia, dan tidak dedahkan pada KG masa kecil dulu. Antara yang perlu anak gadis kita tahu ialah bila datang haid. Pengalaman KG masa pertama kali datang haid, KG memang terkejut dan menangis sebab keluarnya banyak darah tu kan. Nak bagitau mak pun malu dan takut. See... kalau kita berahsia sangat anak-anak akan malu dan tidak tahu nak buat apa. Jadi kita kena bantu dengan menjelaskan pada mereka. Secara tidak langsung juga bagitau tentang kebersihan diri.

BATAS-BATAS AGAMA

~ Jelaskan pada anak gadis kita bertapa pentingnya menjaga nilai agama agar dia pandai menjaga diri diluar nanti. Yalah bukan selamanya dia berada didepan mata kita kan. seboleh-bolehnya jadilah contoh terbaik buat anak, bukan hanya mendidik.

HAKIKAT KEHIDUPAN

~ setiap orang tidak sama nasibnya. Didiklah supaya anak kita sering membantu atau memudahkan urusan orang lain dan insyaAllah di masa hadapan Allah akan membantu atau memudahkan urusan kita melalui orang lain.

SETIAP KEMAHUAN HARUS DIIRINGI DENGAN USAHA

~ Jelaskan bukan mudah mencari rezeki. Didiklah anak menabung dari kecil demi membeli barang yang mereka mahu. Apabila wang belanja sekolah diberi, galakkan mereka untuk menabung sebahagian wang tersebut. Hadiahkan mereka barang impian hanya apabila mereka berjaya mencapai pencapaian tertentu.

PENAMPILAN ADALAH PENTING

~PENTING!!! Bukan hanya penampilan tetapi kebersihan diri. Bagitau pada anak gadis pakaian yang sesuai untuk acara tertentu.

PENGARUH RAKAN SEBAYA

~ Pupuklah sifat yaki diri dan tegas dengan pendirian diri agar dia tidak mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya.

HIDUP BUKANNYA MUDAH

~ Perlu tahu bahawa hidup bukanlah mudah. Semakin dewasa semakin banyak dugaan.
9 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PERLU TAHU, cara mendidik anak perempuan, anak perempuan, cara mendidik anak, tips ibu bapa,keibubapaan

Akhir kata, sebenarnya ada banyak perkara perlu anak-anak gadis kita ketahui bukannya hanya 9 perkara di atas tu saja. Menjaga seorang anak perempuan lebih susah dari menjaga sekumpulan lembu..heheh. Apapun semua tu kita ibubapanya la yang mendidik anak-anak kita. Semoga anak-anak kita menjadi insan berguna dimasa hadapan.Sekian












2 ulasan:

  1. Perkongsian yang bagus untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa.. =) terima kasih atas perkongsian sis..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...