6 SIMPTOM GIGI HENDAK TUMBUH - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

24 Januari 2017

6 SIMPTOM GIGI HENDAK TUMBUH

6 SIMPTOM GIGI HENDAK TUMBUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
6 SIMPTOM GIGI HENDAK TUMBUH || Siapa ada anak kecil yang sedang membesar pasti akan lihat sendiri simptom-simptom tersebut apabila si anak kecil bertambah gigi. Kadangkala kita terdengar juga ayat-ayat orang tua-tua yang membuat kita terfikir logik atau tidak. Apapun, yang pasti setiap anak kita akan alami simptom tersebut. Apakah dia 6 simptom gigi hendak tumbuh? Mari kita tengok...

6 Simptom Gigi Hendak Tumbuh

  1. Air liur meleleh. Ada yang kata air liur bayi kerap meleleh kerana ibunya tidak dapat makan apa yang diidamkan semasa hamil. Namun, sebenarnya proses gigi hendak tumbuh akan merangsang pengeluaran air liur yang lebih banyak pada si manja sehingga menyebabkannya meleleh.
  2. Ruam. Lelehan air liur bayi boleh menyebabkan sekeliling mulut, dagu dan lehernya ditumbuhi bintik-bintik merah dan ruam. Dengan mengelap lelehan air liur (setiap kali ia meleleh) dapat mengelakkan kemunculan ruam.
  3. Mengigit. Bayi yang akan tumbuh gigi mempunyai satu tabiat iaitu menggigit jarinya atau barang yang ada di tangannya. Jadi, berikan si manja anda teether yang bertujuan mengurangkan ketidakselesaan bayi akibat gigi hendak tumbuh dan merangsang pertumbuhan gigi si manja.
  4. Meragam. Kebanyakan bayi yang mula tumbuh gigi akan menunjukkan emosi yang berubah-ubah disebabkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi pertama. Berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan nasihat tentang cara mengurangkan sakit si manja.
  5. Tidak mahu makan. Bayi yang hendak tumbuh gigi akan menunjukkan kurang selera makan disebabkan ketidakselesaan pada mulutnya dan kesakitan yang ada. Bagaimanapun, jangan biarkan perut bayi anda kosong dan cubalah tawarkannya makanan lembut dan makanan yang menjadi kegemarannya.
  6. Sukar tidur. Ketidakselesaan dan kesakitan hendak tumbuh gigi akan menyebabkan si manja anda sukar untuk tidur. Pasangkan lagu dodoi untuk si manja bagi merangsangnya tidur dengan lena sepanjang malam.

Rawatan Untuk Tumbuh Gigi

Mengunyah
Bayi yang hendak tumbuh gigi gemar mengunyah. Perkara ini adalah baik kerana perbuatan mengunyah dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Bagi membantu mengurangkan kesakitannya, berikan objek yang sejuk untuknya mengunyah seperti teether.
Kasih sayang
Bayi yang hendak tumbuh gigi memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapanya.Tunjukkan kasih sayang anda kepada si manja dan bersabarlah menghadapi kerenah mereka ketika ini.
Makanan yang sejuk
Berikan makanan sejuk seperti buah pic sejuk yang dikisar, pisang sejuk dan buah plum. Walau bagaimanapun, potong buah-buahan sejuk yang diberikan dalam potongan kecil, sesuai dengan mulut bayi. Sentiasa pantau bayi anda semasa dia mengunyah makanan tersebut.
Bilakah bayi mula tumbuh gigi?
Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi semasa usia 7 bulan. Walau bagaimanapun, ada yang sudah tumbuh gigi ketika 2 bulan dan ada juga yang hanya tumbuh gigi semasa berusia setahun.


Tentu berguna info ni pada korang kan. Selebihnya korang boleh baca sendiri di SINI

6 SIMPTOM GIGI HENDAK TUMBUH,Rawatan Untuk Tumbuh Gigi
kredit : SUMBER

1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...