KEMASKINI BR1M 2017

KEMASKINI BR1M 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
KEMASKINI BR1M 2017  || Korang sudah kemaskini BR1M 2017? Jika belum, segeralah kemaskini permohonan anda kerana tempoh saja. Walaupun dalam berita asyik keluar cerita BR1M ni RASUAH kononnya, KG tetap buat entri untuk ingatkan sesiapa yang belum kemaskini permohonan lagi. Hehehe... Tinggal berapa hari saja lagi masa korang untuk kemaskini. Jadi...silalah berbuat demikian ya.Pembayaran pertama akan dibuat kepada yang lulus pada awal tahun 2017. Semua penerima sebelum ini wajib kemaskini, sama ada online atau dengan kaedah mengisi borang offline.
Kelayakan dan jumlah bayaran BRIM tahun ini :
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000: RM1,200
  • Pembayaran kategori keluarga berpendapatan RM3,000 – RM4,000: RM900
  • Pembayaran kategori berpendapatan RM2,000 dan ke bawah : RM450
  • Pembayaran untuk yang Daftar E Kasih : RM1,200
Cara Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017,KEMASKINI BR1M 2017,br1m 2017, pembayaran br1m 2017, tarikh pembayaran pertama br1m 2017,
Cara Kemaskini dan Permohonan BRIM 2017
1. Lawati laman BRIM – ebr1m.hasil.gov.my dan masukkan nombor IC dan klik ‘hantar’.


2. soalan keselamatan perlu dijawab selepas anda memasukkan nombor pengenalan.


brim-2017-1
Berwaspada ketika menjawab soalan ini, tekan ‘tukar soalan’ jikalau anda tidak pasti jawapan kepada soalan yang tertera. Kesilapan menjawab soalan-soalan keselamatan ini jiakalau melebihi 3 kali, nombor IC anda akan dikunci online dan anda perlu berkunjung ke lhdn sendiri. Jadi menjawap hanyalah pada soalan yang anda yakin, dan adalah lebih baik anda tukar soalan untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
3. Seterusnya mengisikan butiran peribadi seperti status perkhawinan, no telefon, alamat rumah dan butiran ahli-ahli keluarga.
Di bahagian B, maklumat tanggungan perlu diisi agar melayakkan diri untuk menerima jumlah kategori keluarga.

KEMASKINI BR1M 2017,br1m 2017, pembayaran br1m 2017, tarikh pembayaran pertama br1m 2017,

Tahun lepas sesetengah penerima mengadu kenapa diberi jumlah bujang sedangkan status ialah berumahtangga. Salah satu sebabnya ialah mereka tinggalkan ruang tangungan menjadi kosong.
Nama akaun bank tidak boleh lain dengan nama pemohon sebab duit akan masuk jikalau nama bank dan nama penerima sama.
4. Bahagian C ialah untuk menerima skim khairat kematian. Isikan nama pewaris untuk menerima pampasan sekiranya pemohon meninggal dunia dalam masa perlindungan. Tempoh perlindungan bagi setiap tahun ialah setahun.
5. Masukkan kod anti-spam dan klik ‘hantar’
brim-2017-6
6. Selepas itu terdapat windows akaun pengesahan bahawa anda telah memberi maklumat secara jujur cuba untuk memohon atau kemaskini.

7. Sekiranya permohonan anda berjaya dihantar, anda akan menerima mesej seperti berikut :
brim-2017-8
8. Cetak untuk menyimpan sebagai backup, boleh simpan sebagai PDF kalau tiada printer di sisi.
Kepada yang ingin menerima baucher BRIM boleh hantar borang ke lhdn berdekatan. Penghantaran borang melalui emel adalah tidak sah. Emel hanyalah untuk bertanya soalan, bukannya untuk kemaskini atau permohonan.

0 000 komplen:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...