JALAN-JALAN KE ARNAB VILLAGE

JALAN-JALAN KE ARNAB VILLAGE

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ARNAB VILLAGE || Terletak di Kampung Purakagis dalam Daerah Ranau, Sabah. Uniknya tempat ini kerana adanya arnab-arnab yang banyak. Selain itu kemudahan homestay yang menarik juga.

Okeylah, KG kongsikan cerita semasa ke Arnab Village pada 03 Disember 2016(Sabtu). Dengan niat tunaikan janji pada anak-anak dan anak buah. Tujuan lain hari tu, menghadiri Majlis Sambutan Jubli Mutiara KOKTAS. Jadi melawat sekali la ke Arnab Village yang memang jalan yang sama juga.

jalan-jalan ke arnab village, arnab village di ranau sabah, arnab village homestay, homestay disabah, tempat menarik di sabah, #arnabvillage,cuti-cuti disabah

Masuk ke Arnab Village ni perlu bayar tiket juga. Alahai... harga tiket dewasa RM3, manakala tiket kanak-kanak RM2. Anak berusia 2 tahun ke bawah sahaja yang FREE. Harapan KG sebelum sampai di sini memang tinggi menggunung, dapat jumpa sekumpulan arnab yang gebu, jinak dan manja. Boleh bagi makan makanan kegemaran si rabbit iaitu carrot atau lobak. Namun sesudah tiba, sedikit kehampaan kerana arnab-arnab disediakan baja saja.(RM1/sepaket). 

Dan...  tidak sangka pula tempat si arnab ni semua tanpa rumput. Atau mungkin rumputnya jadi gondol sebab arnab-arnab makan. Arnab di sini dia akan datang kepada kita bila dia tahu ada makanan.(Itu yang KG dapat perhatikan) Sebenarnya, walaupun KG pencinta kucing tapi dengan arnab KG geli. Sebabnya terbayangkan sang tikus๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Haaaa...sebab tu pegang rabbit pun macam tu. Geliiii. Anak dara KG marah mama dia pegang rabbit macam tu, takut telinga rabbit putus katanya.


Sedikit komen dari KG untuk Arnab Village ni, pembaikan jalan adalah sangat perlu. Yalah, manalah tau ada yang memiliki kereta kecil warna merah...ops... kereta yang lowered atau kurang biasa guna jalan yang kurang ok. Kedua, sediakan juga makanan seperti lobak, kangkung atau sayur-sayuran untuk arnab-arnab. Kawasan yang sedia ada memang kecil tapi ada kawasan baru yang sedang diusahakan. Akan datang kalau KG berkunjung lagi, harap-harap boleh la melawat di kawasan yang baru tu. (Lupa nak gambar). Ketiga, paip untuk menbasuh tangan selepas beramas mesra dengan arnab-arnab tidak kemas. Apa salahnya sediakan sink khas untuk membasuh tangan dan bukannya hanya kepala paip yang diikat pada tiang, bila kau pasang air... memercik pada kita. Kurang best la begitu kan. Okey la... semoga makin membangun dan terus maju ya Arnab Village.


Akhir sekali, KG belanja gambar boyfriend KG yang paling muda. Payah betul mau tunggu dia tengok kamera. Kesimpulannya, lawatan ke Arnab Village ni dikira berjaya sebab anak-anak suka dan tersenyum riang berjumpa dengan sang arnab. Abaikan perasan KG yang geli pada arnab. Janji anak-anak suka kan. Nanti korang boleh la melawat ke sini bila berkunjung ke Negeri Sabah.

Sekian dulu.

3 000 komplen:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi rabu

    BalasPadam
  2. seronoknyaaa. murah lah tu rm3 je. ada jgk bulan lepas pergi taman arnab di cameron tp sayangnya xboleh pegang, tgk je.....

    BalasPadam
  3. telinga rabbit putus win tu.
    #teamAfB blogwalking

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...