INFO SIHAT : JOM BERSKIPPING - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

28 Oktober 2016

INFO SIHAT : JOM BERSKIPPING

SENAMAN GUNA TALI SKIPPING

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

INFO SIHAT : JOM BERSKIPPING  || Semenjak mesin treadmill KG rosak, tali skipping la peneman KG.Ke mana-mana pun bawa tali skipping dalam bag. Kawan tanya " ada apa dengan tali skipping tu?" dengan nada mengejek. Ya...ko cakap seja la begini "pakai tali skipping seja, ko fikir ko boleh kurus ka? jangan mimpi la..." (barangkali ini ayat dia yang sebenar..ahahaha KG cuma membayangkan saja dari cara pertanyaan dia tu). Banyak kelebihan senaman guna tali skipping ni. Apa ..korang ingat lompat-lompat dengan pusing-pusingkan tali skipping tu buang masa ya? Meh sini KG bagitau kebaikannya :


KEBAIKAN SENAMAN GUNA TALI SKIPPING

  • Satu sesi selama 10 minit menggunakkan tali skipping boleh membakar 70 hingga 110 kalori. DAN... kalau kita buat dalam sejam, 1000 kalori terbakar!!!
  • Perbaiki sistem cardiovascular , stamina, fleksibeliti dan membina sistem koordinasi dengan lebih baik dan berkesan melalui gabungan minda dan kemahiran secara serentak.
  • Kuatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis 
  • meningkatkan paras kalsium sekaligus mencegah osteoporosis 
Apalagi? Jom la senaman gunakan tali skipping. Jangan jadikan alasan tidak dapat ke gym, tiada masa, tiada bajet ke gym, tiada bajet beli peralatan dan macam-macam alasan. Tali skipping ni walaupun murah, ianya penuh manfaat jika kita gunakan dengan betul. Ok..selamat berskipping!! K bai

INFO SIHAT : JOM BERSKIPPING, kebaikan senaman guna tali skipping, kelebihan tali skipping dalam senaman, tali skipping untuk menguruskan badan, tip kuruskan badan, tips langsingkan badan, tips untuk kurus, diet sihat

1 ulasan:

  1. lama tak berskipping... tak tahu larat ke dak hehe

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...