HASIL PEMBENTANGAN BAJET 2017 - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

21 Oktober 2016

HASIL PEMBENTANGAN BAJET 2017

HASIL PEMBENTANGAN BAJET 2017

Bajet 2017 bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh". 

  •  Bajet 2016 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016. 
  •  RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan 
  • RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan 
  •  Sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9 bilion, diikuti sektor sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion, pentadbiran RM2.5 bilion 
  •  Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion 
  •  Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017 
  •  GST hampir RM30 bilion dikutip setakat 19 Okt 2016 
  •  KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada US$23,100 pada 2012 kepada US$26,891 pada 2015 
  •  Jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. 
  •  Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana 
  •  Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin 
  •  Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000 
  •  Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar 
  • RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar 
  •  RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) 
  •  RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli 
  • RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil 
  •  RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara 
  •  RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000-RM50,000 seunit, dengan kerajaan biayai RM20,000 
  •  RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40 
  •  Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi bahan api, gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam. 
  •  BR1M - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1,200 
  •  BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan kepada RM900 
  • BR1M - individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan kepada RM450 
  •  RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri 
  •  Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000 
  •  Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran 
  •  Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan 1ebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus 
  •  RM100 juta untuk bina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak 
  •  Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan, surat khabar bercetak, smartphone dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium 
  • RM40 juta bagi inisiatif NBOS Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2 
  •  RM450 juta untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017 
  •  RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan 
  •  RM20 juta bagi usaha mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama swasta dan NGO dengan menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian peralatan untuk "non-profit charitable" hospital 
  •  RM1.3 bilion untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga yang kompetitif 
  • Geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, memanfaatkan 12,000 pemandu teksi 
  •  Menggalakkan B40 (penerima BR1M) menjana pendapatan sebagai pemandu "ride sharing" seperti Uber 
  •  Meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong pada tahun hadapan 
  • RM1 bilion bagi meluaskan liputan dan kualiti jalur lebar seluruh negara sehingga 20 megabit sesaat 
  • RM570 juta bagi membangunkan semula 120 buah sekolah daif, 60 di Semenanjung, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunakan IBS serta menaik taraf 1,800 makmal sains 
  • RM478 juta bagi menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk 8 buah sekolah baharu 
  •  Diskaun 10 hingga 15 peratus bagi menggalakkan peminjam PTPTN buat bayaran balik bermula 22 Okt 2016 hingga Disember 2017 
  •  RM55 bilion untuk pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line sepanjang 600 km menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur 
  •  Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM15.1 bilion termasuk RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset-aset utama 
  • KDN diperuntukkan RM12.8 bilion termasuk RM8.7 bilion kepada PDRM 
  • RM2 bilion untuk ehwal wanita dan mengarusperdanakan peranan mereka dalam pembangunan negara dengan program seperti I-KIT, I-KeuNita, program Women Career Comeback 
  •  Pelepasan cukai baharu sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu mulai tahun taksiran 2017 dan dituntut setiap dua tahun 
  •  RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 
  • RM85 juta bagi program Permata termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia 
  •  Akta Kebangkrapan 1967 akan dipinda bagi mereka yang diisytiharkan bangkrap terutama "penjamin sosial" seperti penjamin biasiswa 
  •  Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan dilancarkan bagi memeta hala tuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu 
  • Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan


Selanjutnya di : BHARIAN



HASIL PEMBENTANGAN BAJET 2017, BAJET 2017, PEMBENTANGAN BAJET 2017,#BAJET2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...