APA ITU PAP SMEAR? - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

26 Oktober 2016

APA ITU PAP SMEAR?

APA ITU PAP SMEAR?

MAKSUD PAP SMEAR

      APA ITU PAP SMEAR?|| Pap smear adalah ujian yang dijalankan untuk mengesan ketumbuhan kanser pangkal rahim.ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks dan kemudian tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman.sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.

     Jika anda pernah melakukan ujian pap smear, sudah tentu tahu apa itu pap smear. Jika anda tahu apa itu ujian pap smear tapi tidak pernah melakukan ujian pap smear itu adalah TERUK. Tahukah anda bertapa pentingnya ujian pap smear ini wahai wanita? Mengapa ianya penting? Kerana dengan melakukan ujian ini dapat mencegah atau mengurangkan risiko kanser pangkal rahim.

     Percaya atau tidak, setiap minit seorang wanita disahkan menghidap kanser serviks!!. Apa itu Kanser Serviks?Kanser serviks atau kanser pangkal rahim boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. Eiii takutnya. Perlu kita ketahui juga kanser pangkal rahim ini boleh meragut nyawa jika lambat dikesan. Ianya merupakan pembunuh kedua tertinggi kaum wanita selepas kanser payudara. Oleh itu buatlah ujian pap smear!!

Malu dan takut melakukan UJIAN PAP SMEAR?

     Malu antara alasan utama mereka. Bagi mereka, terkangkang dan menunjukkan alat sulit di hadapan doktor dalam keadaan sedar adalah sesuatu yang amat memalukan. Namun, demi kesihatan, buat pemeriksaan ujian Pap Smear ini! Ianya mudah dan tidak menyakitkan... BENAR!!! KG sudah pernah melakukan ujian pap smear ini. Memang la ada rasa malu tapi demi memikirkan kesihatan KG buang rasa malu dan takut. Dan ianya tidak mengambil masa yang lama pun.

Bilakah wanita perlu menjalani ujian pap smear? 

     Setiap wanita perlu menjalani ujian ini setelah berkahwin (mengamalkan seks) atau apabila mencapai umur 26 hingga 70 tahun. Ops... yang bujang tidak perlu la sebab tidak melakukan hubungan intim kan.(Kita kena positif aje..heheh)

Berapa kali kekerapan harus menjalani ujian pap smear? 

     Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun.oleh itu,sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun,peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks.rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. 

Masa TIDAK sesuai dan perlu ELAKKAN sebelum menjalani ujian pap smear? 

     Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi.ujian ini boleh dilakukan pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid.sebelum menjalani ujian perkara-perkara berikut perlu dielakkan:

  •  Melakukan seks 
  • Menyembur kawasan vagina 
  • Menggunakan tampon 
  • Menggunakan krim vagina 
Apa yang perlu dilakukan semasa ujian pap smear? 


  • Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan(sama seperti ketika ingin melahirkan bayi) 
  • Speculum(muncung itik) sepanjang 4 inci akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka 
  • Dengan pandangan selari,doctor akan memasukkan spatula kayu untuk mengambil sampel sel dari servik 
  • Sampel tersebut akan diletakkan atas slaid kaca,disembur dengan alcohol,dan seterusnya dihantar ke makmal untuk diperiksa ahli patologi Keputusan ujian boleh diperoleh dalam masa seminggu.sekiranya keputusan abnormal,jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doctor.walaubagaimanapun keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya,ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut. 

Di mana boleh menjalani ujian pap smear? 


     Ujian pap smear boleh dijalani di klinik kesihatan kerajaan,pusat bersalin atau mana-mana klinik yang menawarkan ujian pap smear 

Siapa yang berisiko untuk mendapat kanser serviks? 

     Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus di bahagian serviks mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser serviks.penyakit ini biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang.kanser serviks juga kerap menyerang wanita yang merokok. Diharap perkongsian apa itu pap smear dapat memberi manfaat terutamanya untuk para wanita di luar sana.sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati.lakukan ujian sebelum terlambat.selamat maju jaya!

MAKSUD PAP SMEAR,APA ITU PAP SMEAR?,Siapa yang berisiko untuk mendapat kanser serviks? ,Di mana boleh menjalani ujian pap smear? ,Apa yang perlu dilakukan semasa ujian pap smear? ,Berapa kali kekerapan harus menjalani ujian pap smear? ,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...