LARA TERINDAH - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

28 Ogos 2016

LARA TERINDAH

LARA TERINDAH


LARA TERINDAH || Bakal menggantikan drama Sayangku Kapten Mukhriz dalam Slot Akasia bermula 31 Ogos 2016 ini. Drama Lara Terindah ini terbitan Orangetree Production dan diarahkan oleh Azmi Hatta. Sebanyak 14 episod. Dibarisi oleh pelakon-pelakon yang memang sudah dikenali. Kita tunggu ya drama ni. Oh ya, drama ni sudah mula ditayangkan di TONTON.
Barisan Pelakon : Nelydia Senrose, Nazrief Nazri, Hafeez Mikail, Ika Nabila, Nonny Nadirah, Jasmin Hamid, Aidil Azizi, Mustaqim Bahadon, Rahhim Omar, Laila Nasir, Roy Azman dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Lara Terindah

Drama Lara Terindah mengisahkan tentang Razlan lakonan Nazrief Nazri yang bersikap prejudis terhadap kaum wanita. Dia sering melayan wanita dengan begitu teruk dan kasar. Razlan bencikan Elena (Nelydia Senrose). Misinya adalah untuk menjatuhkan Elena yang dianggap sebagai punca dia gagal mendapat satu projek besar apabila mereka berdua terlibat dalam kemalangan. Namun niat untuk menjatuhkan Elena tidak berjaya apabila Razlan mula menaruh hati pada Elena.
Dapatkah Razlan mengubah sikap prejudisnya itu? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton Drama Lara Terindah bermula 31 Ogos ini di Slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 6:58 petang.
Lara Terindah, sinopsis drama lara terindah, barisan pelakon lara terindah, ost drama lara terindah, tonton online drama lara terindah, tonton full episod drama lara terindah, download drama lara terindah



1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...