VITAGEN TIDAK BERSALAH!!! - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

12 Julai 2016

VITAGEN TIDAK BERSALAH!!!

VITAGEN TIDAK BERSALAH! !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

VITAGEN TIDAK BERSALAH! !!||Kesian dengan vitagen dan solivite yang dikatakan menyebabkan kanser perut pada kanak-kanak.  Dengan kecanggihan dunia sekarang,  gadjet serba canggih dan aplikasi yang pelbagai sebaris info saja boleh disebarkan kepada berpuluh ribu orang tak sampai 12 jam! !! Itu pun belum tentu info tersebut BENAR atau SEBALIKNYA.  Individu yang suka copy kemudian paste ke mana-mana group mengenai pelbagai info yang belum pasti sahihnya,  sebenarnya bermasalah. Itu pendapat KG la.  Berapa banyak sudah yang KG perhatikan terutama dalam group-group whatsapp.  Rajin copy dan paste. Tapi tidak rajin kaji,  selidik dan cari info berkaitan bagi menyokong info tersebut. 

KG tertarik dengan cerita vitagen ni sebab anak-anak KG memang penggemar minuman vitagen dan solivite. Bukan tidak mahu mempercayai,  tapi sekurang-kurangnya sebelum buat keputusan untuk percaya info tersebut kita kenalah cari bukti lain kan.  Karang kita ambil bulat-bulat saja info tersebut kemudian sebarkan,  benda tak betul sudah jadi fitnah. Okey lah berikut KG ada sertakan link blog yang ada ceritakan pasal vitagen ni.  Kemudian astro awani ada keluarkan artikel mengenai penafian Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa vitagen tidak menyebabkan kanser perut pada kanak-kanak.  Syukur alhamdulillah. Ok. ..boleh belikan untuk anak-anak lagi. 

Akhir sekali,  KG sarankan pada anda-anda yang suka percaya dengan info dari aplikasi whatsapp tu silalah kaji dulu sebelum copy kemudian diaebarkan ya.  Jangan main sebar saja. Buruk perangai la anda-anda ni.  Ibarat menjaja kisah buruk orang la pula tanpa ketahui kisah sebenar. 





info mengenai vitagen,vitagen tidak menyebabkan kanser perut pada kanak-kanak,kesan minum vitagendan solivite,isi kandungan vitagen,kesan minum berlebihan vitagen,kelebihan vitagen,kes kematian disebabkan vitagen,vitagen tidak menyebabkan kematian

info mengenai vitagen,vitagen tidak menyebabkan kanser perut pada kanak-kanak,kesan minum vitagendan solivite,isi kandungan vitagen,kesan minum berlebihan vitagen,kelebihan vitagen,kes kematian disebabkan vitagen,vitagen tidak menyebabkan kematian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...