BAHAGIA KASIHMU - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

21 Julai 2016

BAHAGIA KASIHMU

DRAMA ADAPTASI NOVEL BAHAGIA KASIHMU



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA ADAPTASI NOVEL BAHAGIA KASIHMU  || Karya Fatin Nabila yang juga merupakan penulis Novel Setia Hujung Nyawa yang pernah popular satu masa dulu dramanya. Drama setia Hujung Nyawa tu la. Siapa tak ingat...cuba-cuba la ingat. Kali ini novel Bahagia Kasihmu pula diadaptasi ke drama. Dengan barisan pelakon yang tak kurang hebatnya. Kita tunggu hasilnya nanti...





SINOPSIS BAHAGIA KASIHMU




DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.

“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar dgn air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.


DRAMA ADAPTASI NOVEL BAHAGIA KASIHMU,BAHAGIA KASIHMU, sinopsis BAHAGIA KASIHMU, sinopsis novel BAHAGIA KASIHMU, sinopsis drama BAHAGIA KASIHMU, barisan pelakon drama BAHAGIA KASIHMU, ost BAHAGIA KASIHMU,

1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...