RAYA DULU DAN RAYA SEKARANG

RAYA DULU DAN RAYA SEKARANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

RAYA DULU DAN RAYA SEKARANG || Korang perasan tak dengan beza raya dulu-dulu dan raya sekarang?  Ha. ..banyak jauh bezanya kan.  KG rasa kan,  masa dulu lagi meriah rayanya.  Terutamanya bila terima kad raya dari rakan-rakan,  terasa sungguh suasana hariraya semakin tiba.  Bila malam raya tu masa nak hias rumah,  ha. ..KG dengan kakak keluarkan semua kad-kad raya yang diterima dari rakan-rakan kemudian kira siapa punya yang paling banyak. Kemudian ha. .sesi melekat kad raya dekat dinding. Nampak tak disitu suasana hariraya sangat berkaitrapat dengan kad raya.  (Pada KG la dulu-dulu) Lepas tu,  bila pergi beraya rumah kawan-kawan sibuk aje membaca kad raya yang berlekat di dinding dorang.  Betul. ..memana pun KG dan kawan-kawan beraya dulu,  memang tak miss punya baca kad raya di dinding orang.

Sekarang?  Kad raya sudah tidak diendahkan lagi.  Bila masa raya pertama wajib keluar gambar famili dekat facebook kemudian buat la konon ucapan " Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua. .bla. .bla. .bla..." Hehehe. ..tu beberapa tahun dulu sebelum adanya aplikasi whatsapp.  Memang popular la facebook tu.  Sekarang sudah jatuh kepopularannya si muka buku ni.  Diganti dengan aplikasi whatsapp.  Cuma main copy paste saja ucapan orang lain dari group ke group. .dah cukup.  Begitu ringkasnya hariraya sekarang kan.

Adanya budaya OPEN HOUSE atau rumah terbuka. Dulu,  masa KG budak lagi. ..pergi beraya ke rumah orang bukan ikut kau ada open house ka tiada hari raya pertama ka. .kedua ka. ..ketiga ka. Kita datang beraya bukan setakat nak makan sedap-sedap saja,  dulu pergi beraya sebab nak mengeratkan lagi silaturrahim., kenal dengan famili rakan-rakan.  Tapi budaya sekarang ni. .."Anda dijemput ke rumah saya pada raya ketiga. .bla. .bla. .bla. .." Ha. ..percaya atau tidak,  kalau kau datang rumah orang tu masa raya pertama dia akan kata "Eh. ..kami open house raya ketiga la. ..nanti you datang balik raya ketiga ye". Kau rasa orang tu akan bagi kau masuk ka? KG pernah alami sendiri,  memang kawan tu tak bagi masuk langsung.  Tunggu hariraya ketiga juga.

Okeylah. ..tu semuanya pengalaman KG jer. Tu yang dapat rasa jauhnya perbezaan raya dulu dan sekarang.  Kalau korang nak tahu. .masih banyak lagi perbezaan Raya Dulu dan Sekarang. .. Korang boleh baca di sini BEZA RAYA DULU DAN SEKARANG





1 000 komplen:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...