PENCURI CINTA KELAS SATU

SINOPSIS PENCURI CINTA KELAS SATU


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

PENCURI CINTA KELAS SATU || Penulis novel ini ialah Illa Shanahila. Khabarnya novel ini bakal diadaptasi ke drama.  Apapun KG sendiri kurang pasti dengan kesahihannya ya.  Kita tunggu saja. Bagi yang sudah membaca novel ni,  KG pasti korang semua ada pandangan tersendiri dengan jalan ceritanya kan? Bagi korang yang belum lagi baca novel ni,  mari kita baca apa sinopsis novel Pencuri Kelas Satu ni dulu. 


Sinopsis Pencuri Cinta Kelas Satu

Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.


Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!


Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

“Jom kita kahwin? Mama saya ingat saya bercinta dengan isteri orang anak satu.” – Amar Firzal

Ini dikira proposal ke? Tanpa cincin belah rotan? Tanpa pantun lima enam kerat? Tak menarik langsung – Aira

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

"Malam ni jangan pergi mana-mana.”
“Kenapa?”
“Nanti awak tak ada dalam mimpi abang.”


Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan? 

sinopsis pencuri cinta kelas satu,barisan pelakon pencuri cinta kelas satu,ost pencuri cinta kelas satu,download novel pencuri cinta kelas satu,download drama pencuri cinta kelas satu


0 000 komplen:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...