MAKNA DAN HIKMAH PERISTIWA NUZUL AL-QURAN - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

22 Jun 2016

MAKNA DAN HIKMAH PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

MAKNA DAN HIKMAH PERISTIWA NUZUL AL-QURAN


MAKNA NUZUL AL QURAN

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

MAKNA DAN HIKMAH PERISTIWA NUZUL AL-QURAN,AYAT AL QURAN PERTAMA DITURUNKAN,HIKMAH PERISTIWA NUZUL AL-QURAN,APA ITU NUZUL AL QURAN, MAKNA NUZUL,NUZUL AL-QURAN

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).
Firman Allah SWT.:
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

HIKMAH PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Hikmah diturunkannya al-Qur’an secara beransur-ansur dan berasingan adalah supaya ilmu dan amaldapat bergerak seiring dengan -kehendak- al-Qur'an dan manusia juga mempunyai potensi yang sempurna untuk menerimanya. Dengan ungkapan lain; turunnya ayat-ayat suci al-Qur’an secara berangsur-angsur, surah demi surah dan ayat demi ayat, adalah supaya potensi manusia menjadi matang dan sempurna dalam menerima makrifat asli tentang akidah, hukum-hakam yang khas (partikulir), dan praktikal amalinya. Hal ini disesuaikan dengan tuntutan kemaslahatan bagi manusia dimana supaya ilmutentang Qur’an dapat berjalan seiring dengan amalan terhadapnya (perintah-perintah al-Quran). Dan juga supaya tabiat manusia tidak tercemar dalam menerima makrifat-makrifat dan hukum-hakamnya.
Demikian juga, supaya makrifat-makrifatnya dapat dipahami (secara peringkat demi peringkat) sehingga tidak terjerumus sebagaimana yang telah terjadi ke atas nasib kitab Taurat, yang mana oleh kerana ianyaditurunkan sekali sahaja (ke atas kaum Bani Israil), maka kaum Yahudi menolak daripada menerimanya. Sekiranya Tuhan tidak menggantungkan gunung di leher-leher mereka, pasti mereka tidak akan menerimanya.

.

1 ulasan:

  1. Salam Nuzul Al Quran KG..inilah panduan ummat sejagat.. :)

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...