DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA KE LAYAR PERAK BERTAJUK JEBAT - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

10 Jun 2016

DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA KE LAYAR PERAK BERTAJUK JEBAT

DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA KE LAYAR PERAK BERTAJUK JEBAT 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA KE LAYAR PERAK BERTAJUK JEBAT || Korang masih ingat dengan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta? Masih ingat dengan Jebat dan Mastura? Selepas mencipta fenomena tersendiri dengan tajuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta kini dibawa ke layar perak dengan tajuk Jebat . Adakah kisahnya merupakan kesinambungan dari drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta atau bagaimana? Filem Jebat masih mengekalkan pelakon yang sama  turut dibantu dengan barisan pelakon lain seperti Peter Davis (bintang Mixed Martial Art (MMA)), Carmen Soo, Sangeeta Krishnasamy. Idris Khan, Louisa Chong, Yap Chin Fong dan Rahhim Omar.

Jangkaan ditayangkan sekitar tahun 2017. Menurut Ketua Unit Drama Premium &  Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail, filem Bukan Aku Tak Cinta dipilih untuk dibawa ke layar perak kerana kejayaan drama siri ini.“Menariknya, jalan cerita yang ditampilkan dalam filem ini akan membawa penonton mengetahui latar belakang Jebat, di mana ia tidak didedahkan di dalam drama sebelum ini”, katanya.

Sama-sama kita nantikan ya.

Sinopsis Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta 


Para Pelakon : Nelydia Senrose (Hannah Mastura), Sharnaaz Ahmad (Jebat), Iqram Dinzly (Aryan), Lisdawati (Hannah Maryam), Mak Wan (Makcik Sarimah), Alex Yanx (Uwais Ukashah

Bukan Kerana Aku Tak Cinta mengisahkan seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. Ahmad Ziyad Jebat, dibesarkan keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh.

Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab.

Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati menarik hati Mastura iaitu adik ipar majikannya, Uwais. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat rimas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak berputus asa.

Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian mata.

Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. Dapatkah Mastura menerima Jebat selepas mengetahui suaminya dulu bekas gengster, kaki judi, minum arak, kaki perempuan dan segala macam kejahatan pernah dilakukan Jebat?

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sarat dengan konflik menyentuh perasaan. Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan.

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan  Sharnaaz Ahmad sebagai Ahmad Ziyad Jebat dan Nelydia Senrose (Mastura), Iqram Dinzly (Cif Inspektor Aryan), Tony Eusoff (Tiger), Adlein Sein (Airen), Lisdawati (Hanan), Alex Yanz (Uwais), Azhar Sulaiman (Wahab) dan Datuk Jalaluddin Hassan (Tan Sri Idris).

Bukan Kerana Aku Tak Cinta arahan Jamal Khan

Drama adaptasi novel karya E-Man Sufi atau nama sebenarnya Hafizah Mohamed itu diterbitkan syarikat produksi, Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil.
DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA KE LAYAR PERAK BERTAJUK JEBAT , sinopsis filem jebat,sinopsis novel bukan kerana  aku tak cinta, sinopsis drama bukan kerana aku tak cinta, ost drama bukan kerana aku tak cinta, barisan pelakon drama bukan kerana aku tak cinta, barisan pelakon filem jebat,ost filem jebat, download drama bukan kerana aku tak cinta, tonton online drama bukan kerana aku tak cinta
Umpama The Beauty And The Beast



DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA KE LAYAR PERAK BERTAJUK JEBAT , sinopsis filem jebat,sinopsis novel bukan kerana  aku tak cinta, sinopsis drama bukan kerana aku tak cinta, ost drama bukan kerana aku tak cinta, barisan pelakon drama bukan kerana aku tak cinta, barisan pelakon filem jebat,ost filem jebat, download drama bukan kerana aku tak cinta, tonton online drama bukan kerana aku tak cinta,jebat dan mastura
Jebat(Sharnaaz Ahmad) dan Mastura(Nelydia Senrose)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...