ROH ORANG BERHUTANG TERGANTUNG ANTARA LANGIT DAN BUMI - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

08 Mei 2016

ROH ORANG BERHUTANG TERGANTUNG ANTARA LANGIT DAN BUMI

HUTANG HALANG MASUK SYURGA



Soalan: 

Apakah hukum bg orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya,
Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?



Jawapan
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.   
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.   
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.   
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)

(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.  (Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

ROH ORANG BERHUTANG TERGANTUNG ANTARA LANGIT DAN BUMI,HUTANG HALANG MASUK SYURGA,hukum berhutang, hukum tidak membayar hutang

sumber :FACEBOOK

2 ulasan:

  1. harapnya bila kita dah matii nanti kita dah bebas hutang

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...