HUBUNGKAIT ANTARA WANITA, MADU DAN EMAS - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

30 Mei 2016

HUBUNGKAIT ANTARA WANITA, MADU DAN EMAS

WANITA,MADU DAN EMAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

HUBUNGKAIT ANTARA WANITA, MADU DAN EMAS|| Ketiga-tiga tersebut ada hubungkait sebenarnya. Tapi ini hanya pendapat kecil KG la.Entri ini ditaip berdasarkan dari pemikiran KG sendiri tau.

WANITA ... Adalah insan yang diciptakan untuk menjadi pendamping seorang lelaki yang bergelar suami. Dialah juga keturunan Hawa isteri kepada Nabi Adan A.S. Wanita bukan dicipta untuk disakiti atau dizamili seperti kehidupan dizaman jahiliyah. Martabat wanita tinggi sebenarnya, namun ada pihak juga yang merendahkan martabat seorang wanita. Termasuk wanita sendiri ada yang merendahkan martabatnya sendiri. Bagaimana seorang wanita merendah martabat seorang wanita lain? Ya...dengan tidak menjaga kehormatan dirinya, bercinta dengan suami kepada wanita lain.

MADU... Sejenis cecair yang dihasilkan oleh lebah boleh dibuat penawar serta menjadi bahan tambaha makanan. Rasanya manis...saaaaangat manis sebenarnya madu asli. Jika tidak asli maknanya ianya telah ditambah dengan cecair lain atau ditambah gula. Madu juga dalam kata lain adalah isteri kedua atau ketiga kepada suami. Madu hakikatnya manis tetapi pahit pada kehidupan seorang wanita. Jika lelaki mungkin atau sememangnya sukakan madu tetapi tidak pada si isteri.

EMAS...adalah satu unsur logam dengan nombor atom 79 dan simbol Au. Manakala emas nama datang daripada satu Bahasa Inggeris Lama erti warna kuning , simbol itu datang daripada Huruf Latin aurum, yang bermaksud “subuh berkilat." Jangan tidak tahu, wanita sangat sinonim dengan emas. Wanita sukakan emas. Cuma satu jenis emas yang memang tidak disukai oleh wanita...Payung Emas!!!. Hehehe..payung emas tu kononnya kalau wanita yang bergelar isteri tu redha sekiranya si suaminya bernikah baru. Maknanya isteri pertama tu kena redha la dengan kehadiran si madu, jika tidak tiadalah payung emas untuknya. Ha..yang ni KG tak tahu kebenarannya macamana. Akibat terpengaruh dengan cerita drama..cerita novel, maka KG punya pemikiran pun 'betul' la konon.

Okey la, entri ni sekadar suka-suka punya pendapat saja ya. Kalau tidak sesuai dimata serta pendapat anda abaikan saja. Sekian dulu.
WANITA DAN MADU,WANITA DAN PAYUNG EMAS,WANITA DAN EMAS,EMAS POWERGOLD,STOKIS POWERGOLD,KELEBIHAN PAYUNG EMAS,KELEBIHAN MADU ORIGINAL,CARA MENGENALI MADU ASLI DAN MADU CAMPURAN GULA
sekadar gambar hiasan yang dipinjam dari mr.google


2 ulasan:

  1. bukan senang nak dapat payung emas..

    BalasPadam
  2. wah kombinasi perkaitan yang baik KG...wanita sememangnya suka amalkan minum madu namun sukar bila dimadukan...siapa yang tidak suka emas namun payung emas itu perumpamaan hadiah atau ganjaran yang akan diperolehi oleh isteri yang redha andai dimadukan..namun sejauh mana suami itu pula mampu membimbing isteri dan keluarga..atau isteri-isteri dan keluarga-keluarganya menuju ke syurga...

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...