AWAK SANGAT NAKAL||AKAN DATANG - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

14 Mei 2016

AWAK SANGAT NAKAL||AKAN DATANG

DRAMA AWAK SANGAT NAKAL


Sinopsis Drama/Novel Awak Sangat Nakal


Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 



“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”

“Jo..”

“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”


Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 



Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 



Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 



Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?



“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”



Kalau tak boleh... paksa sampai boleh!


sinopsis novel awak sangat nakal,AWAK SANGAT NAKAL||AKAN DATANG, SINOPSIS AWAK SANGAT NAKAL, SINOPSIS DRAMA AWAK SANGAT NAKAL, SINOPSIS NOVEL AWAK SANGAT NAKAL, BARISAN PELAKON DRAMA AWAK SANGAT NAKAL, OST DRAMA AWAK SANGAT NAKAL, TONTON ONLINE DRAMA AWAK SANGAT NAKAL, BACA NOVEL ONLINE AWAK SANGAT NAKAL

2 ulasan:

  1. Wah menarik...tapi macam banyak main emosikan KG..

    BalasPadam
  2. Klau tak silap Aida Jebat kot berlakon nanti

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...