DIA SEGALANYA ADAPTASI NOVEL SHA IBRAHIM - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

29 Mei 2016

DIA SEGALANYA ADAPTASI NOVEL SHA IBRAHIM

AKAN DATANG DRAMA DIA SEGALANYA

Sinopsis Dia Segalanya


Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.
Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.
Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.
Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.
Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?
Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….

DIA SEGALANYA,NOVEL DIA SEGALANYA KARYA SHA IBRAHIM,SINOPSIS NOVEL DIA SEGALANYA,SINOPSIS DRAMA DIA SEGALANYA,OST DRAMA DIA SEGALANYA,BARISAN PELAKON DIA SEGALANYA, BELI ONLINE NOVEL DIA SEGALANYA,DOWNLOAD DRAMA DIA SEGALANYA, TONTON ONLINE DRAMA DIA SEGALANYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...