BAGAIMANA MENCARI DAN MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

16 Mei 2016

BAGAIMANA MENCARI DAN MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA

BAGAIMANA MENCARI DAN MEMBELI RUMAH PERTAMA 

Sekiranya anda ingin membeli rumah, anda perlu menentukan samada anda benar-benar bersedia dari segi kewangan. Membeli rumah adalah keputusan terpenting dari segi kewangan yang perlu anda buat dalam hidup, maka ianya sangat penting untuk anda mengambil serius dan membuat persediaan untuk diri sendiri sebanyak mungkin. Baca tip-tip untuk mencari dan membeli rumah pertama anda.

Pastikan Samada Anda Sudah Bersedia Untuk Membeli Sebuah Rumah

Memiliki rumah sendiri adalah jauh lebih mahal berbanding menyewa kerana anda bertanggung jawab untuk membayar kos penyelenggaraan atau pembaikan dan mungkin untuk utiliti tambahan seperti kos pembuangan sampah dan juga bil air. Anda juga perlu membayar cukai dan insuran yang berkaitan dengan rumah anda. Jika anda masih berhutang, anda perlu masa untuk stabilkan kewangan, serta bebaskan diri dari belenggu hutang,menyimpan dana untuk kecemasan dan menyediakan sejumlah wang untuk bayaran pendahuluan sebelum membeli rumah pertama anda. Jika anda membeli sebelum benar-benar bersedia, anda akan hidup dalam keadaan kewangan yang sempit, oleh itu pastikan anda benar-benar bersedia sebelum mula melihat suasana rumah pertama anda.

Pinjaman Untuk Membeli Rumah

Sebelum anda mula membeli rumah, anda perlu mencari tempat untuk membuat pinjaman, merujuk kepada Bankrate. Membuat pinjaman terlebih dahulu akan menentukan kadar harga yang anda mampu untuk mencari seterusnya membeli rumah pertama anda. Anda perlu menghubungi sekurang-kurangnya 3 orang sebelum membuat keputusan pinjaman mana yang anda mahukan.Broker gadaijanji akan melihat beberapa syarikat pinjaman lain untuk membantu anda mencari kadar yang terbaik, tetapi bank tempatan atau kesatuan kredit anda mungkin mempunyai beberapa pilihan lagi yang boleh menjimatkan wang anda. Setelah mendapatkan tempat peminjaman yang sesuai untuk anda, maka anda bolehlah mencari atau memilih rumah impian anda.

Mendapatkan Jenis Peminjaman dan Cara Pembayaran Yang Terbaik

Menentukan perbezaan jenis pinjaman dan cara pembayaran yang mudah apabila anda hendak membuat pembayaran kepada broker anda. Contohnya, tentukan perbezaan antara insurans peribadi broker gadaijanji PMI) dan gadaijanji boleh laras (ARMs). Kadar tetap pinjaman lima belas atau dua puluh tahun biasanya pilihan yang terbaik, kerana mempunyai kadar faedah yang rendah. Berhati-hati apabila menentukan pembayaran anda. Kebiasaannya lebih baik memberikan 20 peratus pendahuluan dalam bentuk wang tunai dan bukannya menggunakan pembiayaan kreatif, kerana anda perlu keupayaan untuk membina kekayaan dengan pembelian rumah anda dimasa hadapan terutamanya dari segi keqangan dalam jangka masa yang panjang, menurut rekod Berita AS dan Laporan Dunia.

Jujur Dengan Kemampuan Anda


Anda perlu bersikap jujur pada diri sendiri berapa banyak yang anda mampu. Cara paling baik ialah dengan memastikan perbelanjaan rumah-- gadaijanji, cukai dan insurans -- dalam lingkungan 25 hingga 30 peratus daripada pendapatan tahunan anda. Jika anda menghabiskan terlalu  banyak ke atas gadaijanji rumah anda, kemungkinan anda tidak mampu untuk menampung perbelanjaan harian atau menyimpan untuk persaraan. Adalah lebih baik anda memilih rumah yang lebih kecil daripada menyimpan wang samada untuk persaraan atau untuk melancong. Sebaik saja anda sudah membuat keputusan rumah bagaimana yang anda mampu atau berapa banyak wang yang anda ingin belanjakan untuk rumah pertama anda, anda perlu mendapatkan kelulusan oleh pihak peminjam.

Mencari Broker Hartanah Terbaik

Sebaik saja pinjaman anda diluluskan, anda perlu mencari seorang ejen hartanah yang boleh menuruti kemahuan. Anda akan memberikan perincian dan menjelaskan harga perumahan di kawasan anda, contohnya anda mahukan sebuah rumah yang bersesuaian dengan kadar harga anda. Selepas anda membuat tawaran harga rumah pertama anda, broker anda akan membuat perundingan dengan pihak penjual. Cara terbaik mencari ejen hartanah adalah melalui cadangan dari rakan-rakan dan rakan sekerja. Selain itu, anda juga boleh mencari  di Rumah Sewa on property listing sites like PropertyGuru Malaysia.

Mohon Untuk Memeriksa Rumah

Salahsatu perkara penting dalam proses membeli rumah ialah pemeriksaan rumah yang menyeluruh. Berbeza dengan penilaian, anda perlu membayar untuk pemeriksaan rumah, melaluinya anda boleh mengetahui masalah struktur yang boleh menghalang anda untuk membeli rumah tersebut. Dari segi bentuk sehingga masalah anai-anai yang membuatkan badan dan bumbung rumah buruk, mana-mana masalah yang dikesan dapat mengelakkan anda daripada membeli rumah sebelum anda menandatangani perjanjian,pemeriksaan sebegini boleh menjimatkan wang anda dari membuat pembaikan di masa akan datang. Anda juga boleh membuat perundingan harga yang lebih rendah dengan penjual jika sudah mengetahui rumah tersebut perlu digantikan bumbung yang baru, sebagai contoh.

Bersabar Dengan Escrow

Selepas anda membida dan tawaran tersebut diterima, anda perlu ke Escrow. Pemegang escrow bekerja untuk memastikan semua dokunen, wang serta maklumat penting lengkap sebelum anda bersetuju membeli rumah tersebut. Proses escrow ini bertujuan untuk melindungi semua pihak yang terlibat seperti pembeli, penjual dan pemberi pinjaman. Ianya mengambil masa beberapa minggu untuk melengkapkan proses ini, tetapi setelah selesai anda boleh menandatangani surat perjanjian jualbeli.

Persetujuan dan Berpindah

Sebaik saja anda sudah bersetuju dan menandatangani surat perjanjian jualbeli, anda boleh pindah masuk, cat dan  mengemas. Pastikan anda menukar alamat di bank dan mana-mana akaun lain dengan serta-merta. Anda juga boleh menyediakan utiliti anda dan membatalkan utiliti di rumah lama anda untuk penjimatan masa dan lewat membayar bil. Kebanyakan syarikat akan mengetepikan yuran pemasangan sekiranya anda hanya memindahkan akaun utiliti lama ke alamat baru anda.


BAGAIMANA MENCARI DAN MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA

1 ulasan:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...