AKAN DATANG...FILEM KIMCHI UNTUK AWAK - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

19 April 2016

AKAN DATANG...FILEM KIMCHI UNTUK AWAK

FILEM KIMCHI UNTUK AWAK

SINOPSIS FILEM KIMCHI UNTUK AWAK

Kisah cinta Danial Lee, jejaka kacukan Korea dan  Melayu dan Salsabila (Bella), gadis yang melanjutkan pelajaran di Korea. Mereka bertembung tidak sengaja bila Bella melanggar Daniel Lee di Lapangan terbang Incheon. Gara - gara Bella yang terlambat dan bimbang terlepas kapal terbang untuk balik ke Malaysia di cuti semesta. Kengakuhan dan sombong seperti samseng Daniel menjengkelkan Bella . Pertemuan mereka bukan sahaja di lapangan terbang , malah  didalam di kapal terbang juga mereka bertembung. Hilang mood untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh kak long apa bila terpaksa duduk di bebelah lelaki yang sombong dan biadap.

Bila sampai di Malaysia Bella gembira kerana dia tidak sabar untuk berjumpa kak long dan umie. Tetapi Umienya berada di Mekkah mengerjakan umrah bersama pak su dan mak su. Sementara Umie pulang dari Umrah Bella tinggal bersama Kak Long. Kak Long yang terlalu gembira melihat kepulangan Bella menyimpan satu hasrat. Menyuruh Bella membuat Kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya berkerja.  

Hati Bella semakin tidak tenang apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah Daniel Lee Jae Hwan. Lelaki yang yang ditemui di lapangan terbang dan didalam kapal terbang. Bertambah huru hara lagi Bella bertemu di Kondo Daniel Lee kerana mengikut Kak longnya mengemas Kondo Presiden . Pada Daniel Lee , Kehadiran Bella mengingatkan kisah cinta Danie Lee yang lalu. Bella baru tahu Daniel Lee pernah ditunangkan dengan Kak ngah ( Sumayya ). Tetapi cinta mereka terhenti bila Maya meninggal dunia. Kerana Maya juga telah menyatukan hubungan papa Daniel Lee dan ayah Bella yang sekian lama terputus. Suatu ketika dulu Papa Daniel dan Ayah Bella berkawan baik. Mereka terputus hubungan setelah papa Denial Lee pulang ke korea hinggalah pertemuan Maya dan Deniel Lee di luar negara.

Walaupun kedua-dua mereka cuba menjauhkan diri , Namun takdir mendekatkan mereka. Mereka disatukan dalam ikatan pernikahan dikampung. Ini semua gara-gara Bella terjumpa satu surat dari Kak ngah untuk diberi kepada Daniel Lee. Isi kandungan surat itu menyatakan Bella adalah gadis yang lebih layak untuk menggantikan tempatnya. Kerana Bella tidak mahu Daneil Lee tahu siapa nama perempuan yang ditulis oleh arwah kak ngah , Bella menconteng nama di surat itu. Bila surat itu diserahkan pada Daniel Lee, Daneil Lee marah dan memaksa Bella ke rumah pak su untuk memberitahu siapa nama perempuan yang tertulis di surat tersebut. Mereka hampir ditangkap klawat oleh penduduk kampung. Demi maruah keluarga pak cik Dani menyuruh Daniel Lee bertanggung jawab dan bernikah dengan Bella.
Selepas nikah Daniel Lee memberi alasan terpaksa ke Jakarta atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Bila berjauhan ada perasaan rindu datang mengundang tetapi ego yang menebal membawa pergi rindu itu. Sementara cuti semesta , Bella mengambil upah untuk membuat Kimchi untuk tempahan dari Kak long . Faris lelaki yang tidak pernah jemu memujuk hati Bella agar menerimanya kecewa bila mendapat tahu Bella kini sudah bergelar isteri orang. Tambahan pula pengakuan itu dibuat oleh Daniel Lee Sendiri.

Bella didatangi wanita misteri yang mengelar dirinya "Omma" agar membuatkan Kimchi tiram. Kerana dia kata Daneil Lee sangat suka dengan Kimchi Tiram. Bella pelik siapa perempuan tersebut. Pada ketika mereka hampir mengaku yang sebenarnya wujud sesuatu rssa di hati masing - masing. Yoo Ri hadir bersama onar dan fitnah. Lantas Bella membawa diri bersama seribu prasangka meninggalkan suami tanpa sepatah bicara.

Pemergian Bella menyedarkan Danial betapa dia terlalu mencintai dan mengharapkan Bella. Puas Denial menjejaki Bella tetapi tidak berjaya. Danial kemudiannya bertemu kembali degan Bella di sebuah syarikat pembuat Kimch .Dikesempatan itu Daniel tidak mempersiakan peluang itu. Perasaan di hati diluahkan tanpa ragu dan berharap semoga Bella turut memiliki rasa itu. Ternyata cinta berbalas, kasih yang dipupuk kian mekar dan prasangka akhirnya terlucut.

Kasih mereka diuji dengan kehadiran Zara yang menagih kasih dari Daniel Lee sekian lama. Yoo Ri yang berkawan baik dengan Zara memudahkan rancangan buruk Zara terhadap Denial Lee sehingga Daniel Lee koma dihospital kerana alahan. Yoo Ri adalah adik susuan Daniel Lee. 




Biarpun taufan datang menduga mahligai mereka, namun kasih tetap bertaut kerana ikatan mereka terlalu istimewa, yang turut mengikat dua budaya dan dua negara, serta merungkai dendam dan sengketa.



BACA SINOPSIS NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK DI SINI


FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,SINOPSIS FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,TONTON ONLINE FILEM FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,PELAKON-PELAKON FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, OST FILEM FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, BARISAN PELAKON FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, BACA NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK, SINOPSIS NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK,


FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,SINOPSIS FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,TONTON ONLINE FILEM FILEM KIMCHI UNTUK AWAK,PELAKON-PELAKON FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, OST FILEM FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, BARISAN PELAKON FILEM KIMCHI UNTUK AWAK, BACA NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK, SINOPSIS NOVEL KIMCHI UNTUK AWAK,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...