RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW

PISANG GORENG CHEESE RAINBOW


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW ||  Baru-baru ini KG 'berjalan-jalan' di instagram. Seronok tengok gambar orang yang pelbagai aksi dan ragam. Lagi seronok bila dapat tengok gambar-gambar makanan yang pelbagai serta kelihatan sangat sedap. Apa yang KG hendak ceritakan di sini adalah tentang Pisang Goreng Cheese Rainbow. Memang nampak sedap dan menarik pisang goreng tu dengan warna-warninya. KG pun mencari cara membuatnya dan akhirnya jumpa!!! Ha, lepas ni boleh la KG mencuba resepi pisang goreng cheese rainbow  ni di tempat KG. Idea hendak menjual pun keluar la kononnya ni. Okey la meh KG kongsikan resepi yang KG jumpa tu.


RESEPI PISANG GORENG CHEESE RAINBOW


Bahan-bahan

Pisang 
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk garam
1 biji telur
400ml air
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu pekat
Keju parut (cheddar)
Kelapa parut
6 jenis pewarna (pink,jingga,kuning,purple,hijau dan biru)

CARA-CARA  MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK PISANG GORENG CHEESE RAINBOW

1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit,garam,telur dan air. Dan gaul sebati.

2. Hiriskan buah pisang dan celup ke tepung yang dibancuh tadi.

3. Goreng dalam minyak panas.

4. Asingkan kelapa parut 6 bahagian.Letak pewarna pada setiap bahagian tadi.

5. Cairkan mentega dalam microwave kemudian campurkan dengan susu pekat.

6. Salut pisang goreng yang sudah dimasak tadi dalam sos mentega susu pekat tadi.

7. Taburkan keju parut di atas pisang goreng.

8. Hiaskan dengan kelapa parut yang sudah diwarnakan tadi.

9. Siap untuk dihidang atau dijual!!!

resepi pisang goreng rainbow, cara masak pisang goreng pelangi,cara masak pisang goreng cheese rainbow, pisang goreng rainbow, bahan-bahan pisang goreng cheese rainbow, bahan-bahan pisang goreng pelangi, resepi pisang goreng kejuk
kredit picture : PISANGKEJUK





4 000 komplen:

  1. Tengah viral sekarang ni kan.

    BalasPadam
  2. tertarik...menarik dan pastinya lazat ni KG...kreatif..

    BalasPadam
  3. Tak pernah makan...apa rasanya erk?

    BalasPadam
  4. tu dia.. trasa nk makan lani jugak

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...