RAGAM PELAJAR PRAKTIKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera

JENIS-JENIS PELAJAR PRAKTIKAL || KG berkisah tentang ragam pelajar praktikal.  Siapa pernah bergelar pelajar praktikal? siapa pernah handle pelajar praktikal? Ok..untuk soalan pertama, KG mengaku tak pernah bergelar pelajar praktikal lagi. Sebabnya KG ni bukan keluaran IPTA/IPTS. Lepas STPM aje terus kerja. Dalam dunia pekerjaan barulah KG mengenali apa itu pelajar praktikal, siapa itu pelajar praktikal. Sebabnya dengan kerja KG sekarang akan mendaftarkan mana-mana pelajar praktikal yang memohon di stesen. Dalam ramai-ramai pelajar praktikal tu macam-macam jenis pelajar praktikal. Meh kita tengok antara jenis-jenis tersebut.

i. Peramah mesra serta ringan mulut. ~Jenis pelajar praktikal begini memang seronok nak dijadikan kawan. Mudah sikit urusan. Kalau dia tak faham atau nak tahu sesuatu,dia akan bertanya. Cepat dan mudah diingati nama pelajar praktikal jenis ni. Jangka masa dia praktikal ditempat kita pun terasa cepat berlalu. 6 bulan jadi macam 6hari saja. Lagi satu, jenis ni KG suka sebab dorang ni kalau kita tanya sepatah dorang kawab berpatah-patah siap bagi soalan lagi.

ii. Pendiam,pemalu dan low profile.
~Jenis ini memang kita akan rasa lambat saja habis dia praktikal. Sebabnya membosankan. Hehe... macam tiada aje. Nama pun kita mudah lupa. Almaklumla, pelajar jenis ni memang tidak akan menjaja nama dia ke sana sini. Dimana dia ditempatkan haaaa disitulah dia 'bertapa'dari mula praktikal sehingga tamat. Susah untuk dibawa ke mana-mana pelajar jenis ni. Kalau KG ni lagi jenis yang kurang bercakap dengan orang yang tak dikenali apalagi kalau yang jenis begini. Tanya sepatah dijawab setengah patah.

iii. Berlagak.
~Jangan tak percaya jenis pelajar praktikal begini pun wujud juga. Jenis ni KG memang tak gemar. Lepas daftarkan nama dorang KG berharap sangat tidak mahu berurusan dengan dorang lagi. Menyampah! Dorang pandang kita macam tak ada pelajaran sangat. Mentang-mentang dorang ni dari IPTA/IPTS. Tapi tidak semua la.

iv.Menghormati orang yang lebih tua(senior).
~Pelajar praktikal jenis ni dia bukan kategori nombor (i) tapi disebabkan dia tahu hormati orang yang lebih tua atau senior dari dia makanya secara automatik sikap peramah dan mudah bergaul tu ada. Jumpa mana-mana staff pun dihormat. Jenis begini memang akan beri kesan bila mereka sudah tamatkan praktikal mereka. Kesan sedih,rindu dengan mereka. Mata pun masuk habuk. tsk..tsk....

Akhir kata, antara jenis-jenis pelajar praktikal di atas yang mana paling KG gemar? Sudah pasti jenis i dan iv. Walaupun tinggalkan kesan emosi pada kita namun itulah yang termanis sebenarnya. Kita bertambah teman,saudara,adik secara tidak langsung. Kelak bila kita ke tempat mereka, mereka ada untuk iringi kita. Tidakpun mengiringi tapi memberi tunjuk arah. Apapun, setiap pelajar praktikal yang kita kenali itu sebenarnya adalah gambaran bahawa manusia ini tidak sama ragamnya,tidak sama sikapnya,tidak sama caranya menghormati. Oleh itu, kita terimalah seadanya yang datang pada jabatan kita. Mereka yang memohon jadi kita terima dengan hati terbuka. Sekian

4 000 komplen:

  1. Macam macam ragamkan KG...tapi itulah jadi warna warna harian...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ... Jom join, awak kena tag... Sorry...
    http://jombercontest.blogspot.my/2016/02/giveaway-novelist-to-be.html

    BalasPadam
  3. yang pasti saya jenis pemalu dan sopan

    BalasPadam
  4. Saya yg no 2 kot masa praktikal dulu. So, membosankan..haha. Jangan la benci kami, kami yg pendiam ni tak tahu nak berbicara apa sebenarnya, kami perlu labih masa untuk selesa dgn stangers...

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...