CARA ABAIKAN HUTANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

CARA ABAIKAN HUTANG || Hutang sampai mati akan dituntut. Bila kita berhutang sepatutnya tahu la untuk lunaskan hutang. Takkan kita nak bawa mati hutang kita pada orang lain? Lainlah kalah dia halalkan,kira sedekah buat kita. Tapi bagi yang hendak menuntut tapi korang tak bayar? Sebenarnya entri ini bukan lah mengajar sesiapa untuk mengabaikan hutangnya melainkan tajuk semata-mata. KG mungkin lupa pada hutang KG pada teman-teman blogger. Jika ada sila tagih. Jika tiada alhamdulillah.

KG sebenarnya terasa hati dengan sesetengah teman. Ya...bila sang teman susah dia minta pinjam wang KG bagi pinjam pada hari tu juga. Syukur ada rezeki lebih apa salahnya kurangkan sedikit susah sang teman. Jumlah tak banyak tapi sang teman kata akan bayar balik. Sebulan berlalu...dua bulan berlalu...3 bulan berlalu...nak masuk 4 bulan KG diuji dengan sedikit beban. Lalu teringat pada sang teman...KG pun suarakan niat meminta tolong. Harapan KG agar sang teman ni seperti KG yang ambil berat dengan teman. Dua tiga hari KG mesej dekat whatsapp sang teman reply lagi... tapi katanya ada hutang lain yang perlu didahulukan iaitu pinjaman kelab di jabatannya. Jika hendak dibandingkan dengan keperluan KG sang teman utamakan bayaran pada kelab. Okey baiklah. KG pun tanya untuk sekian kalinya boleh bantu atau tidak...namun sehingga kini...KRIK..KRIK...KRIK...

Maknanya memang sang teman tak boleh bantu. Tapi apa salahnya respond soalan KG tu. Selama beberapa bulan asyik sibuk order itu ini dengan kawan dalam group whatsapp. Tudung harga RM35 boleh di order berhelai-helai..alahai...semoga Allah SWT bukakan hatimu sang teman. Kalau tak terbuka apa boleh buat la.

Sekian kisah HUTANG pada hari ini.

2 000 komplen:

  1. hutang pinjam duit, hutang hadiah ga wang tunai
    kalau ada rasa tanggungjawab pastinya benda yg bernama hutang tu didahulukan. dahulukan yg utama. moga ada kesedaran buat mereka yg masih hutang org. dibukakan pinta hati nak byr hutang.

    BalasPadam
  2. Hutang ni besar kesannya tau...sangat mempenfaruhi kehidupan kita...sabarlah KG..

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...