TIPS : BELAJAR BAHASA INGGERIS

TIPS : BELAJAR BAHASA INGGERIS


TIPS : BELAJAR BAHASA INGGERIS || Hari ini 'free' sikit untuk buat entri ni. Selalu post (Scheduled post sebenarnya) entri sinopsis novel dan drama adaptasi saja kan. Kali ini TIPS BELAJAR BAHASA INGGERIS pula. Apa yang KG kongsikan di sini cuma berdasarkan pengalaman KG menjadi murid sekolah dulu. Sekiranya tidak bersesuaian dengan cara TERKINI sila abaikan ya.

Tips ini diajar oleh bekas guru KG masa tahun 1993/1994 (Darjah 5/6). Sebenarnya ini mungkin cara cikgu KG tu mengajar, tapi ianya memberi kesan yang sangat positif pada KG dan rakan sekelas. Kesannya dari takut dengan subjek Bahasa Inggeris murid-murid jadi suka pada subjek ini. Murid yang takut membaca teks bahasa inggeris pun menjadi berani untuk cuba membaca kerana semasa membaca tu cikgu akan betulkan sebutan. Subjek Bahasa Inggeris yang selalu membosankan menjadi subjek yang ditunggu-tunggu dan murid-murid berebut-rebut untuk membaca teks setiap kali cikgu tanya, "Siapa mau baca dulu?". Okey, direct kepada tips atau cara cikgu KG mengajar dulu.

TIPS : BELAJAR BAHASA INGGERIS

1. Membaca Teks/Buku Bahasa Inggeris

~ Cikgu KG memang menggalakkan kami membaca teks Bahasa Inggeris setiap kali mula mengajar. Bila ada sebutan yang salah atau tidak dapat disebut, cikgu akan membantu menyebut sehingga kami tahu menyebut dengan betul. Semakin lama pembacaan yang tersekat-sekat menjadi lancar bila dipraktiskan selalu.

2. Salin Perkataan Yang Susah Disebut/Baru

~ Cikgu menggalakkan kami untuk salin perkataan yang baru, susah disebut ke dalam buku vocabulary. Kemudian buka kamus untuk mencari apa maksud perkataan tersebut. Cara ini memang membantu untuk memahami maksud perkataan tersebut.

3. Spelling atau mengeja

~ Tips ini paling KG suka. Cikgu sebut perkataan dan kami semua menulis apa yang kami dengar. Contohnya cikgu sebut 'twais' (perkataan sebenarnya adalah TWICE) dan diminta sesiapa yang berani tampil ke depan untuk menulis dipapan hitam(masa dulu belum ada white board). Rata-rata semua rakan-rakan mencuba dengan pelbagai ejaan berdasarkan bunyi sebutan yang didengar. Tapi semua tiada yang mengeja dengan betul. KG pun masa tu mencuba dua kali dan cubaan kali kedua KG berjaya eja T.W.I.C.E!!!

4. Menonton Movie Kartun 

~ Cikgu-cikgu Bahasa Inggeris masa tu perkenalkan kami dengan movie The Lion King. Tonton la berapa kali pun memang tidak bosan masa tu. Masih budak-budak memang la kartun disukai. 

5. Kem Bahasa Inggeris

~ Diadakan kem ini untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Aktiviti yang dilakukan sepanjang kem selain menyanyi dalam bahasa inggeris, magic tree juga setiap kumpulan kena buat. Yang mana magic tree tu kena letak perkataan yang murid tahu beserta maksudnya sekali. Selain itu pertandingan spelling perkataan inggeris.


Okey la cukup 5 tips tersebut yang KG pernah belajar dulu. Apapun cara dulu dan kini memang jauh berbeza tapi tidak salah kita gunakan semula cara lama kan. Sering juga KG diingatkan "jangan malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris" kerana semakin kita malu semakin keras la lidah kita bercakap perkataan inggeris. Kerja KG sekarang memang akan berjumpa dengan pelancong, mahu tidak mahu kena berbahasa inggeris. Biarlah English Broken janji orang putih tak gelakkan KG.Heheheh. Korang juga boleh rujuk atau Belajar Bahasa Inggeris Di SINI

Jadikan subjek BI ini sebagai subjek yang diminati anak-anak kita. Jangan biarkan sangkaan anak-anak subjek ini susah kerana semakin mereka sangka begitu mereka semakin tidak mahu belajar dengan alasan 'SUSAH'. Walhal English Is Fun kalau kita tahu cara betul untuk mengajar anak-anak. (pengalaman KG suka subjek ni sebab dari tips di atas)

Okey..sekian dulu.
 



1 000 komplen:

  1. Gud Info Kak Gojes.. nanti leh try ni.. jgn dah syokk tgk cartoon semua hilang..hehehhe :D

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...