JOM BUAT AISKRIM SENDIRI - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

26 Januari 2016

JOM BUAT AISKRIM SENDIRI

STEP BY STEP BUAT AISKRIM SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JOM BUAT AISKRIM SENDIRI  || Wah...aiskrim!! Siapa suka aiskrim angkat tangan. KG tak berapa suka dengan aiskrim ni, nanti sakit gigi menyerang. Tapi kalau di rumah anak-anak KG sangat suka pada aiskrim. Biasanya kalau KG beli, wajib beli satu bekas seorang. Kalau tidak confirm perang pasal aiskrim aje. Sebenarnya bebaru ini KG ada try buat sendiri aiskrim ni konon.(Cuma tak ambik gambar) Percubaan pertama memang tak menjadi tau. Rasa aiskrim dah ada, tapi struktur dia masih tak sama. Nampaknya kena cuba lagi ni. Apapun aiskrim hari tu habis licin oleh anak-anak, siap request buat lagi. Ha..tunggu la mama korang datang penyakit rajinnya yer anak-anak. Okey la...untuk rujukan KG sendiri KG simpan sini cara buat aiskrim ni. Dapat dari FB.


AIS KRIM BUAT SENDIRI

By ~ ALeen Aireish
sumber ~ jue nida

1 tin susu pekat manis
2 tin air biasa/masak [sukat guna tin susu yg sama]
1 s/b ovalette
1 s/b tepung jagung [membukit]
2 s/k esen vanila
2 atau 3 s/t serbuk koko [optional]
warna kesukaan

Cara-cara :
susu pekat manis + air + tepung jagung masukkan dalam periuk kacau rata, kacau atas api hingga naik wap. Angkat, masukkan dlm bekas yg selesa, sejukkan dahulu. Setelah betul2 sejuk masukkan Ovalette + esen putar High Speed hingga jd berkrim. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan. Ikut kreativiti masing-masing ehh. Simpan ditempat sejuk beku, seeloknye.. buat hari ni esok boleh makan..
STEP BY STEP BUAT AISKRIM SENDIRI,JOM BUAT AISKRIM SENDIRI

3 ulasan:

  1. tunggu Ain abis "pantang makan manis-manis" hujung bulan ni.. memang akan reward diri dengan aiskrim buat sendiri macam ni.. arrgghh..!! tak sabarnyaaaaaaaa... :)

    BalasPadam
  2. Yup ...ais krim memang suka sangat kalau boleh nk buat sendiri.

    BalasPadam
  3. in sha Allah kali kedua kalau KG buat lagi mesti jadi sebab practice make perfact kan.....amin....

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...