AKADKU YANG TERAKHIR || AKAN DATANG

AKADKU YANG TERAKHIR

SINOPSIS DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR


Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania! "abang janji abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila. Selagi abang bernyawa ,selagi abang bernafas didunia ini , abang janji sayang adalah cinta terakhir abang ." - irham zahri.
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa? “Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….” .


AKADKU YANG TERAKHIR  || AKAN DATANG,AKADKU YANG TERAKHIR ,NOVEL AKADKU YANG TERAKHIR,SINOPSIS NOVEL AKADKU YANG TERAKHIR,SINOPSIS DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR, BARISAN PELAKON DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR, OST DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR, TONTON ONLINE DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR, PENULIS NOVEL AKADKU YANG TERAKHIR

AKADKU YANG TERAKHIR  || AKAN DATANG,AKADKU YANG TERAKHIR ,NOVEL AKADKU YANG TERAKHIR,SINOPSIS NOVEL AKADKU YANG TERAKHIR,SINOPSIS DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR, BARISAN PELAKON DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR, OST DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR, TONTON ONLINE DRAMA AKADKU YANG TERAKHIR

Sinopsis Akadku yang Terakhir (dari kulit novel)


“Zahra tak mahu kahwin dengan Abang Fitri!” – Zahra.

“Dengan keadaan diri Zahra sekarang, siapa yang nakkan Zahra?!” – Encik Zainal.

Kebahagiaan ZAHRA AISYA direntap dalam satu peristiwa yang tidak disangka. Biarpun menentang keras rancangan Encik Zainal, akhirnya Zahra terpaksa akur menikahi MUHAMMAD FITRI untuk menutup perkara memalukan itu.

“Zahra benci dengan abang, tau tak?! Benci, benci sampai ke akhirat!” – Zahra.

Selepas bergelar suami dan isteri, hubungan dingin antara Zahra dan Fitri mula menampakkan sinar bahagia apabila Fitri mula mengguyur api kebencian yang ada dalam jiwa si isteri.

“Zahra dah okey, esok abang pergilah kerja.” – Zahra.

“Eh, suka hatilah abang nak pergi kerja atau tak.” – Fitri.

Namun pada saat hubungan Zahra bersama Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali RIYAD mengganggu kebahagiaan rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad mula menunjukkan belang diri.

Apabila Zahra mula diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, SHASHA yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga juga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang akan terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati?

2 000 komplen:

  1. boleh memporak perandakan emosi penonton ni KG..selamat berhujung minggu KG..

    BalasPadam
  2. byk drama dah diadaptasi dr novelkan sis... harus duk depan tv ajer

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...