7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

26 Januari 2016

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA  || Rezeki itu bukan saja dalam bentuk wang ringgit sebenarnya. Tapi kebanyakan kita hanya menganggap bila ada duit lebih maka itulah rezeki. Ya memang ianya rezeki. Namun kita kena ingat juga kita diberikan seorang cahaya mata juga adalah rezeki, kesihatan kita yang baik juga rezeki, sebuah kebahagiaan juga rezeki dan banyak lagi la. Bukan hanya memandang wang ringgit sebagai rezeki. Kadangkala kita terasa rezeki kita 'tiada', mungkin kita patut tahu apa sebenarnya punca rezeki 'tiada' atau mungkin 'hilang'. Jom kita baca 7 sebabnya.


1. SERING BERGADUH
Usah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha dengan masing-masing, di situlah rezeki akan disekat


2. MERUNGUT DAN MERASA BEBAN PADA ANAK-ANAK
Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa beban.


Personal HOME Tuisyen CIKGU Shahrul's photo.
3. SELALU MENGELUH SUAMI ISTERI
Buangkan tabiat selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Banyak bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sikit.

4. LOKEK DENGAN PASANGAN DAN ANAK-ANAK
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan.

5. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH.
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6.KURANG SABAR
Sabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.

7.KURANG BERDOA.
Apabila kita putus mendoakan yang baik-baikuntuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari.
Dalam mengejar keuntungan atau kekayaan bila bekerja seharian, tiada gunanya sekiranya institusi keluarga di rumah tidak terbuka pada rezeki. Rezeki itu pelbagai, bukan hanya duit yang kita usahakan sahaja, tetapi juga pada keluarga tercinta. Namun, rezeki itu tetap perlu diusahakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...