TIPS: CARA EFEKTIF MENGGUNAKAN TREADMILL - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

06 Disember 2015

TIPS: CARA EFEKTIF MENGGUNAKAN TREADMILL

TIPS: CARA EFEKTIF MENGGUNAKAN TREADMILL


TIPS: CARA EFEKTIF MENGGUNAKAN TREADMILL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TIPS: CARA EFEKTIF MENGGUNAKAN TREADMILL  || Mesin treadmill baru saja sampai di rumah KG. Semangat untuk kurus ketara disitu. Heheheh. Asben kata "lepas ni tiada alasan lagi untuk bersenam buang lemak. Jangan cakap tak sempat pergi gym, bersukan ..bla..bla...bla...." Belum habis ayat asben KG dah jawab " Yalah...".

Alkisahnya, baru satu dua kali guna mesin treadmill tu, KG dah surrender. Hahahaha... kau bakar kalori 300, lepas tu ko makan makanan yang ada kalori 400. Apa maknanya? apapun ambik masa...KG sedang kaji cara terbaik guna mesin tu. Ini yang KG simpan dalam blog ni.


Kelebihan Berlatih Treadmill:

1. Treadmill sesuai untuk melatih kemampuan kardiovaskular, membakar lemak dan bila dilakukan dengan hidangan tepat , melangsingkan tubuh. Ini disebabkan  kalori yang terbakar di atas treadmill sama dengan kalori yang terbakar semasa anda berlatih di jalan.
2. Dengan treadmill berkualiti tinggi anda boleh menetapkan latihan sesuai . Jalan santai, jalan cepat, joging ringan, sampai lari cepat atau lari naik bukit. Dengan kata lain kawalan sepenuhnya berada di tangan anda.
3. Treadmill sesuai dijadikan alat latihan bagi anda yang rnerasa kekurangan 'ruang' dan masa untuk berlatih.
4. Alat ini dianggap sesuai hampir bagi semua orang dan berbagai keadaan. Mereka yang pernah mengalami sakit belakang, pergelangan kaki atau lutut lemah, misalnya, masih boleh berbuat demikian kerana treadmill mengurangkan tekanan pada sendi. Treadmill yang baik pun bersifat shock absorbing.
5. Dengan treadmill anda boleh memantau degupan jantung melalui monitor, mengetahui kalori yang terbakar, jarak yang anda tempuh, dan kelajuan berlari / berjalan.

Tips Penggunaan Treadmill:
Anda boleh memilih untuk menggunakan program 'Quick Start' atau 'Manual'. Begitu anda memilih, anda telah masuk ke program dasar latihan lari. Selepas itu anda tinggal menyesuaikan intensiti lari mengikut keperluan. Atur kelajuan dan tanjakan (derajat incline) sesuai dengan kekuatan anda.
Pada panel mesin treadmill, umumnya anda perlu mengikuti beberapa langkah berikut:

(1) Saat pertama kali menggunakan treadmill, anda mungkin merasa sedikit pusing atau mengalami semacam kekeliruan. Tak perlu bimbang. Aduan ini akan hilang selepas dua-tiga kali berlatih. Namun bila anda selalu pusing selepas melakukan treadmill, segera hubungi doktor pakar sukan.

(2) Jangan dibiasakan bergantung pada landasan pegangan tangan yang biasa terdapat di kedua-dua sisi mesin. Pertama kali menggunakan treadmill anda boleh-boleh saja berpegangan di situ untuk memperoleh keseimbangan.

(3) Berlari di atas treadmill memerlukan latihan. Mulakan dengan jalan perlahan-lahan. Lalu secara beransur-ansur tingkatkan kelajuan jalan lalu lari. Pastikan anda berlari di bahagian depan mendekati monitor mesin treadmill. Sehingga bila sewaktu-waktu diperlukan anda boleh dengan mudah menjangkaunya.

(4) Elakkan menggunakan mesin treadmill bersistem self-powered, yang baru bergerak apabila anda berjalan atau berlari di atasnya. Jangankan bagi pemula. Mereka yang sudah terbiasa bertreadmill pun umumnya kurang selesa dengan alat model begini.

1 ulasan:

  1. Wah, beli mesin tuu.
    Saya tak mampu lagi nak beli. Hihi :P

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...