TARIKH BAYARAN PERTAMA BR1M 2016

TARIKH PERTAMA BAYARAN BR1M 2016 

TARIKH BAYARAN PERTAMA BR1M 2016 ,TARIKH BAYARAN BR1M 2016,KEMASKINI BORANG BR1M 2016 ONLINE, SEMAK STATUS BR1M, BR1M 2016,KELAYAKAN BR1M 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TARIKH BAYARAN PERTAMA BR1M 2016 || Menteri Kewangan Kedua telah mengumumkan bahawa tarikh pembayaran pertama untuk BR1M 2016 akan dilakukan mulai 28 Januari 2016. Jadi buat yang layak tu bolehlah kemaskini permohonan BR1M 2016 anda di laman rasmi e-BR1M dan Portal rasmi Treasury . Bayaran pertama tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang anda telah kemaskini pada borang tersebut. Permohonan akan mula dibuka pada 5 Disember hingga 31 Disember 2015. Confirm la laman tersebut sibuk start 5 Disember 2015 ni. Apalagi...Kemaskini la permohonan anda segera!!!


Jumlah dan kelayakan

RM1050 untuk keluarga yang tersenarai dalam program ekasih
RM1000 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah
RM800 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3001 sehingga RM4000
RM400 seorang untuk orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan bulanannya tidak melebihi RM2000

* Diingatkan telefon bimbit atau ipad tidak dibenarkan untuk membuat kemaskini / pendaftaran online. Sila menggunakan PC sahaja.

Langkah-langkah memohon BRIM online

1 : Di laman ebr1m tekan “Permohonan baru”, masukkan nombor IC untuk log masuk.
1
2. Anda akan diberi 2 soalan untuk menguji sama ada anda pemilik nombor IC yang dihantar tadi.
2
3. Sekiranya anda silap 3 kali, anda akan dihalang untuk membuat sebarang perubahan maklumat.
3
4. Setelah berjaya masuk, anda perlu mengisikan butiran peribadi seperti status perkhawinan, no telefon, alamat rumah dan lain-lain.
* Nama pemilik akaun bank mestilah sama dengan nama pemohon BRIM. Satu akaun bank dibenarkan hanya untuk satu permohonan sahaja.
4
5. Langkah seterusnya (bahagian B) ialah mengisi butiran tangungang dan melaporkan pendapatan bulanan ahli-ahli keluarga. Sekiranya anak-anak masih belum bekerja, isikan ruang pendapatan dengan nilai kosong.
Kepada penjaga tunggal (contohnya anda seorang yang telah bercerai), untuk melayakkan diri dalam kategori keluarga, isikan nama tanggungan juga.
5
6. Seterusnya di bahagian C, isikan nama bagi penerima skim khairat kematian. Pemberian RM1000 kepada pewaris sekiranya pemohon meninggal dunia. Perlindungan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.
6
7. Masukkan kod keselematan yang dipaparkan di sebelah kiri dalam ruang yang ditentukan dan tekan “hantar”.
7
8. Anda akan terima suatu popup bagi mengesahkan pemberian maklumat yang diberi adalah jujur dan tetap.
8
9. Akhir sekali kotak alert ini akan keluar sekiranya permohonan anda berjaya dihantar.
10. Anda juga boleh cetak untuk tujuan backup.
Kaedah pembayaran BRIM 2016 masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Kemungkinan wang akan disalurkan ke dalam akaun bank tiap-tiap bulan sepanjang tahun.
Sumber : dari SINI

2 000 komplen:

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...