HEY...LELAKI!!! KORANG PERLU TAHU 8 PERKARA TENTANG BAKAL ISTERI ANDA - Belog Kak Gojes

Latest

PERSONAL/LIFESTYLE/FOOD/ENTERTAINMENT/TIPS/NOVEL

BANNER 728X90

05 Disember 2015

HEY...LELAKI!!! KORANG PERLU TAHU 8 PERKARA TENTANG BAKAL ISTERI ANDA


8 Perkara Tentang Bakal Isteri Yang Perlu Lelaki Tahu


8 Perkara Tentang Bakal Isteri Yang Perlu Lelaki Tahu  || Pstttt...apakah dia 8 perkara yang perlu lelaki tahu tentang bakal isterinya? Wah....tak sabar nak tahu kan. Yelah kan bakal isteri tu, insan yang akan menjadi teman hidup anda. Ni untuk yang serius saja tau. Heheheh. Jom kita tengok 8 perkara tersebut:


#1: Rambut


Apabila anda berkahwin kelak, anda akan jumpa banyak rambut di lantai, tandas dan merata-rata lagi, walaupun lantai baru disapu. Lebih-lebih lagi jika isteri anda berambut panjang. And nope, isteri anda bukannya mengalami masalah keguguran rambut. Jadi jangan panik.


8 PERKARA TENTANG BAKAL ISTERI YANG LELAKI PERLU TAHU,8 RAHSIA BAKAL ISTERI YANG PERLU ANDA TAHU

#2: Seluar Tidur Pasar Malam dan Baju Kelawar - KG tak de baju kelawar

Imej wanita yang berbaju tidur mengiurkan dan sensasi dalam filem-filem agak tidak realistik. Wanita lebih sukakan sesuatu yang selesa dan memudahkan pergerakkan untuk tidur. Jika anda punya harapan dan jangkaan yang 'sensasi' juga. Turunkan sedikit jangkaan 'sensasi' anda. Seluar Tidur Pasar Malam/Baju Kelawar -1, Baju tidur seksi - 0.



#3: Bangun tidur - KG dari bujang memang tak biasa bermekap, tapi bila dah jadi isteri orang 'rajin' juga bermekap..hehehe

Wanita tidaklah mengenakan make up sepanjang masa. Anda pun tahu bukan? Terutamanya apabila bangun tidur, mereka tidak akan terus kelihatan bombastik dan fantastik seperti biasa. Tapi ini tidaklah menafikan yang mereka tidak akan kelihatan cantik. Pastinya ratu hati anda akan sentiasa kelihatan cantik di mata anda. Tidak kisah bagaimana isteri anda kelihatan ketika bangun tidur, jangan lupa untuk berinya 'morning kisses' sebelum anda bersiap. That would easily be one of her favourite things in the morning!

#4: Masak - Nasib baiklah KG pandai masak...air

Tidak semua wanita handal memasak. Mungkin yang asas ramai yang tahu. Namun, untuk betul-betul mahir, jika tiada bakat, proses menjadi handal itu akan memakan masa. Bagi bahagian ini, anda perlu bersabar dan berusaha menjadi 'orang eksperimen' isteri anda.

#5: Wanita tidak PMS hari-hari

Seperti dinyatakan di atas, wanita tidak PMS hari-hari. Malah, ada setengah wanita tidak terkesan dengan PMS pun. Jadi, apabila pasangan anda agak 'moody' atau marah-marah, jangan dengan mudah buat kesimpulan yang pasangan anda sedang PMS. Mesti ada perkara lain yang mengganggu fikirannya. Tanya elok-elok dan berbincang jika perlu - (perkara yang anda tidak akan buat jika anda rasa pasangan anda sedang PMS)

#6: Bantal busuk

Ada setengah wanita masih menyimpan bantal busuknya. Ada juga yang menyimpan plushie/selimut etc. Berkenalanlah dengan aset pasangan anda ini yang telah bertahun disimpannya. Besar kemungkinan, anda akan tidur dengan bantal/plushie/selimut busuk pasangan ini juga.



#7: Banyak produk untuk setiap anggota badan - ooo..yang ni KG tak de..asal ada deodorant, losyen atau bedak dah cukup.
Wanita ada banyak produk untuk semua anggota badan. Rambut - Syampu, konditioner rambut, 'mask' rambut, 'leave-on' kontioner dan lain lain. Kulit muka - Pencuci muka, scrub, toner, moisturiser, cream dan lain-lain.

Apa yang dinyatakan di sini hanyalah yang paling asas. Jangan merungut jika bilik mandi dan meja solek anda didominasi isteri anda. Ini adalah pengorbanan seorang suami.

#8: "Siapa lagi gemuk, saya ke dia?" - Okey...KG tak cakap tapi asben yang selalu tegur..huhuhu
*sambil menunjuk ke arah wanita yang tidak dikenali*

Adoi. Soalan ini lagi. Kalau tidak pasal gemuk, pasal siapa lagi cantik. *facepalm*

Wanita memang suka banding-membanding antara satu sama lain. Pastinya bapa anda juga pernah diasak soalan sebegini oleh ibu anda. Sabar sajalah. Pada saat ini, ada dua kemungkinan:

1. Wanita yang tidak dikenali tersebut memang lebih kurus berbanding pasangan anda.
- Isteri anda mungkin berasa insecure. Assure her that she shouldn't feel that way.

2. Wanita yang tidak dikenali tersebut memang lebih gempal berbanding pasangan anda.
- Isteri anda memang berasa SECURED. Assure her, even if she's feeling VERY secured.


sumber : DI SINI

6 ulasan:

  1. soalan gemuk tu slu duk berteka teki ngn husband... hehe

    BalasPadam
  2. Hihi...macam ada yang connection dengan PC pulak...hihi..

    BalasPadam
  3. Hahaha Rambut tu paling wajib tau. Nanti ingatkan ada masalah rambut. XD

    BalasPadam
  4. hahaha... no 6 je tak de.. yang lain, hado...

    BalasPadam
  5. Nani banyak baju kelawar. Hahahahha

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...