ABANG SADO JEMUR KAIN

ABANG SADO JEMUR KAIN


ABANG SADO JEMUR KAIN,SINOPSIS ABANG SADO JEMUR KAIN,BARISAN PELAKON ABANG SADO JEMUR KAIN,OST ABANG SADO JEMUR KAIN

Barisan pelakon : Shah Jaszle, Janna Nick, Lan Siro, Cat Farish, Idris Khan, ammar Alfian, Afzan rahman dan ramai lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ABANG SADO JEMUR KAIN  || Drama ni sudah lama ditayangkan dalam slot Iris di TV3 selepas Alaa Bib. Tapi KG tak berapa nak layan drama Abang Sado ni. Tak berapa minat dengan Shah Jaszle yang semakin bambam (buka sado pun KG nampak). KG buat entri ni sebab adajuga yang cari Abang Sado Jemur Kain di blog KG ni. Macamana KG tahu? sebab tengok dari keyword akaun nuffnang la. jadi untuk tidak keciwakan pengunjung yang mencari, KG sediakan juga biarpun terlewat.

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain

Drama Abang Sado Jemur Kain mengisahkan tentang Marzuki, Budin dan Riduan yang telah membuka satu kawasan perlindungan haiwan. Marzuki merupakan seorang bekas samseng namun kini dia telah pun berkeluarga dan telah menghentikan perangai buruknya itu.
Marzuki tinggal bersama isterinya Elyana dan seorang anak lelakinya bernama Amir. Marzuki juga mempunyai seorang ibu mertua bernama Mariam yang juga tinggal bersama mereka.
Satu hari ketika Marzuki sedang berehat bersama keluarganya, dia mendapat panggilan dari seorang kawan bernama Dino. Dino menghubunginya kerana memerlukan pertolongan.
Apabila melihat Marzuki bergegas keluar rumah untuk membantu Dino, ibu mertuanya mula musykil. Mariam mula menyoalnya kerana beranggapan Marzuki masih seorang samseng. Marzuki berkeras menafikan tuduhan Mariam.
Bila Marzuki berjumpa Dino, dia memaklumkan pada Marzuki bahawa nyawa dirinya berada dalam bahaya. Dino sedang dikejar samseng kerana dia tersalah mengorat seorang wanita yang merupakan isteri kedua kepada ketua kumpulan samseng.
Namun Marzuki mengatakan yang dia tidak dapat membantu Dino kerana telah bersara dari dunia samseng. Dino kecewa tetapi dia terus memujuk Marzuki untuk membantunya.
Apakah akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Berjayakan Dino memujuk Marzuki?
 Tonton drama ini setiap Isnin hingga Khamis 6:30 petang hanya di Slot Iris TV3.

0 000 komplen:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...