6 TIPS SELAMATKAN RUMAHTANGGA DARI KEBOSANAN

6 TIPS SELAMATKAN RUMAHTANGGA DARI KEBOSANAN



6 TIPS SELAMATKAN RUMAHTANGGA DARI KEBOSANAN, TIPS RUMAHTANGGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

6 TIPS SELAMATKAN RUMAHTANGGA DARI KEBOSANAN ||Anda dan suami pasangan yang bekerja? Hurm..macam KG dengan Mr.D la. Kerja demi menampung kehidupan keluarga. Kalau tak bekerja siapa nak bagi makan kan. Takkan nak bergantung pada ibubapa lagi bila dah berkeluarga sendiri. lagipun KG ni jenis yang tidak mahu menyusahkan orang lain, biarlah diri sendiri sudah dari susahkan orang. Okeylah..ni KG nak kongsi TIPS Rumahtangga. Tips ini KG buat sendiri jer tau. Tetiba ada idea ni...tak de sumber memana pun.

Himpitan kerja-kerja di pejabat dan juga tugas sebagai ibu bapa yang tidak pernah habis membuatkan ada pasangan suami isteri merasakan kemesraan semakin jarang dirasai. mari kita tengok 6 Tips yang boleh mengelakkan dari rasa bosan.

1.MASA BERDUA
 ~ Beri ruang untuk anda berdua bersama. Anak-anak mungkin korang boleh tumpangkan semalam dua dekat rumah nenek dorang ker. Hehehehe..cadangan aje. Tapi kan lebih baik dekat rumah nenek dorang, lebih terjamin keselamatannya. ha, lepas tu korang boleh la trip macam pasangan baru bernikah. Ngeheheheh.

2.MULAKAN SITUASI BARU
~ Erm..yang ni macam apa ya. Agaknya korang boleh la ubahsuai bilik tidur supaya kelihatan 'berbeza'. Hiaslah supaya mood korang tenang bila berada di dalam kamar.

3.SENTUH, BELAI DAN KUCUP
~ Ha...yang ni bukan untuk XXX jer tau. Cuba korang imbas kembali semasa baru kahwin dan sudah beranak-pinak ni. Apa bezanya? Ha..kalau masa baru nikah tu asyik nak melekat aje, tidur pun sebantal, makan pun sepinggan. Tapi bila dah ada anak, ha...tu bantal kau ni bantal aku, tu pinggan kau ni pinggan aku. Cubalah buat semula rutin korang semasa mula-mula bernikah dulu.

4.RINGAN MULUT UCAPKAN MAAF
~ Gaduh. Kalau masing-masing ego, memang takkan mengalah. Tak seorang pun nak minta maaf dulu, takut 'kalah'. Tapi apa salahnya kau mulakan dulu ucap maaf. Biarpun bukan sepenuhnya silap tu datang dari kamu...tapi beralah la.

5.HINDARI SITUASI PANAS
~ Apa yang panas erk? kena matahari? Hihihih...rasanya situasi panas yang masa korang bertengkar kut. Cara elakkan...larilah dari situasi pertengkaran. Jangan berbalas cakap sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dan menyakitkan.

6.PERBUALAN YANG LEBIH BERMAKNA
~ Cuba la berbual atau bercerita tentang kisah bagaimana korang bertemu, bercinta dan seterusnya bernikah. Seronok tau bila imbas kembali kisah tu. Macam KG dan Mr.D la...

0 000 komplen:

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...