TIPS BREASTFEEDING

TIPS BREASTFEEDING

TIPS BREASTFEEDING,Bagaimana Mencairkan Susu Perahan Yang DiBekukan,Berapa Lamakah Susu Perahan Boleh Disimpan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TIPS BREASTFEEDING  || Hai ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana. Kali ini KG akan berkongsi tips penyusuan susu ibu. Ingat tau, susu ibu adalah makanan terbaik buat bayi kita yang baru lahir sehingga usianya 6 bulan. (Maknanya sebelum usia 6 bulan janganlah bagi makanan tambahan atau susu formula) Tapi, apa yang terjadi adalah sebaliknya kan. Ramai ibu-ibu yang masih memberikan susu formula dengan alasan tiada air susu. Okey la, KG sebenarnya tidak ada masalah air susu kurang selepas melahirkan. Sentiasa cukup malah berlebihan. Syukur.

Tahukah anda, dengan menggalakkan anak anda menyusu susu ibu antibodi anak tersebut menjadi kuat. Itu yang cik bidan bagitau dari KG bersalin anak pertama. Tapi KG lalui sendiri pengalaman anak yang menyusu badan dengan tidak. Anak pertama KG menyusu badan sehingga usia 4 bulan sahaja dia berhenti. Manakala anak kedua KG menyusu sehingga usia 5 tahun!!. Bezanya, anak pertama KG kerap tidak sihat (mudah sakit) berbanding dengan adiknya sentiasa sihat. Syukur alhamdulillah, kini anak yang pertama sudah berusia 7 tahun dan kedua masuk 6 tahun. Apapun, mungkin semua kanak-kanak tidak sama kan. Pelbagai pendapat tentang kebaikan susu ibu yang KG pernah dengar. Jika anda menyokong penyusuan susu ibu, baguslah, jika tidak..KG tidak melarang. Itu hak anda kan. Apa kata baca tips untuk mencairkan susu perahan yang dibekukan.


Bagaimana Mencairkan Susu Perahan Yang DiBekukan?

  1. Rendam dalam semangkuk air atau lalukan di bawah air paip
  2. Tuang susu yang telah cair ke dalam botol susu
  3. Panaskan susu samaada menggunakan warmer atau rendam dalam semangkuk air suam
  4. Elakkan daripada memasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk mencaikan atau memanaskan susu kerana akan menyebabkan kehilangan khasiat susu ibu
  5. Selalu periksa suhu susu sebelum memberikan kepada anak
  6. Setelah dicairkan, susu mestilah digunakan dalam masa 1 jam dan tidak boleh dibekukan semula

Berapa Lamakah Susu Perahan Boleh Disimpan?

  • 3 bulan, (bahagian atas peti sejuk atau freezer)
  • 48- 72 jam, (bahagian bawah peti sejuk)
  • 4 jam, (suhu bilik)
BOLEH BACA TIPS SELANJUTNYA DI BREASTFEEDING

5 000 komplen:

  1. Selagi boleh bagi susu ibu pada anak..bagilah...kecuali ada sebab yang tidak dapat dielakkan..

    BalasPadam
  2. info untuk cik en dah kawen nanti.. gd info kak gojes

    BalasPadam
  3. Setuju sangat dengan breastfeeding ni. In shaa Allah, ilmu sebelum kawen. :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum....bagus info ni untuk kaum hawa....anyway nak jemput KG dan pengomen tegar ke giveaway MYiDEAKiNi yang sedang berlamgsung...Jemput yer...

    http://www.myideakini.com/2015/11/myideakinicom-random-rm200-bloglist.html

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...